
Kodak Diambang Bankrap
Kodak Diambang Bankrap
Syarikat fotografi, Eastman Kodak memberi amaran kepada pelabur bahawa ia mungkin tidak dapat bertahan lebih lama lagi selepas berdepan masalah hutang, lapor CNN.
Menurut syarikat yang berusia 133 tahun itu, Eastman Kodak berdepan kira-kira AS$500 juta hutang yang bakal matang.
Keadaan ini menimbulkan keraguan besar terhadap keupayaan syarikat Kodak untuk terus beroperasi susulan berisiko bankrap.
Difahamkan, kodak menghentikan pembayaran pelan pencen persaraannya untuk mendapatkan wang tunai.
Syarikat itu dalam pemfailan rasmi turut menjangka tarif perdagangan tidak memberi kesan besar kerana kebanyakan produk seperti kamera, dakwat, dan filem dihasilkan di Amerika Syarikat.
Ketua Pegawai Eksekutif Kodak, Jim Continenza berkata Kodak terus mencapai kemajuan terhadap rancangan jangka panjang pada suku kedua meskipun berdepan cabaran dalam persekitaran perniagaan yang tidak menentu.
Pada tengah hari Selasa, saham Kodak (KODK) menjunam lebih 25 peratus pada sesi dagangan.
Namun beliau yakin bahawa syarikat itu mampu menyelesaikan isu hutang ini sebelum tarikh matang.
BACA: Tupperware Diisytihar Bankrap
BACA: Jenama Kesukaan ‘Mak-mak’, Tupperware Beri Amaran Mungkin Bankrap
The post Kodak Diambang Bankrap appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime