KPM Peruntuk RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama Terpilih
2 mins read

KPM Peruntuk RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama Terpilih



KPM Peruntuk RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama Terpilih

PUTRAJAYA — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.

Menurut KPM menerusi satu kenyataan di Facebook, pemasangan CCTV ini bagi meningkatkan aspek keselamatan di institusi pendidikan bawah kelolaan kementerian itu.

“Pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan KPM untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Pendidikan Dr Mohd Azam Ahmad berkata pihaknya juga akan menambah baik ciri-ciri keselamatan di sekolah terutama sekolah asrama, bagi mengekang kejadian buli seperti penambahan kamera litar tertutup (CCTV) dan bilangan warden asrama.

Tambahnya, beliau mengarahkan emua pengarah pendidikan negeri dan pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah secara mengejut, sebagai langkah memastikan gejala buli di sekolah dapat dibendung.

Malah pengarah dan pegawai berkenaan juga perlu turun ke sekolah berasrama pada waktu malam, bukan sahaja untuk memantau malah mendekati dan memahami kehidupan pelajar di asrama.

“Mungkin kita kena turun tanpa ada perancangan dan tanpa diberitahu. Kita turun ke sekolah, tengok keadaan sekolah, kita nak tengok nature sekolah itu macam apa berlaku. Kita mungkin turun malam nak tengok di asrama,” katanya.

Selain itu, kementerian juga mengarahkan pengetua dan guru besar mewajibkan laungan “Kami Benci Buli” sebelum dan selepas sesi persekolahan, sebagai peperangan terhadap gejala buli yang diperjuangkan KPM.

Beliau berkata laungan itu bertujuan menanamkan rasa benci akan gejala buli dalam minda dan diri pelajar serta murid.

Sumber: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

BACA: KPM Peruntuk RM8.4 Juta Untuk Lencana Jalur Gemilang Kepada 5.14 Juta Pelajar

BACA: Zara Qairina: KPM Tempatkan Sementara Pengetua, PK HEM & Semua Warden Di JPN Sabah

BACA: Kes Zara Qairina: Bukit Aman Ambil Alih Siasatan, Pasukan Petugas Khas Dihantar Ke Sabah

The post KPM Peruntuk RM3 Juta Pasang CCTV Di Sekolah Berasrama Terpilih appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center