Laluan Teluk Bahang-Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh
1 min read

Laluan Teluk Bahang-Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh



Laluan Teluk Bahang-Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh

GEORGETOWN — Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang memaklumkan Jalan Persekutuan FT006, jalan mengelilingi Pulau dari Teluk Bahang Ke Balik Pulau ditutup sepenuhnya akibat tanah runtuh.

Menurut notis yang dikeluarkan, penutupan jalan berkenaan dilakukan selama dua hari, bermula 24 Oktober (6 petang) sehingga 26 Oktober (6 petang).

“Penutupan jalan ini disebabkan oleh kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 23 dan 24 Oktober 2025 di jalan tersebut.

“Penutupan jalan ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan jalan dan lain-lain kerja berkaitan.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya di kawasan ini diminta memberi kerjasama sepanjang penutupan jalan tersebut.

“Peta laluan yang terlibat di lakaran yang disertakan menunjukkan lokasi penutupan jalan terlibat. Pengguna jalan raya diasihatkan agar menggunakan jalan alternatif dan merancang perjalanan sebaiknya,” maklum kenyataan itu.

 Laluan Warisan Bukit Bendera Ditutup

Sementara itu, Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) memaklumkan bahawa laluan warisan Bukit Bendera di sini ditutup sementara susulan kejadian tanah runtuh di sebahagian laluan berkenaan akibat hujan lebat.

PBBPP dalam kenyataan hari ini memaklumkan, penutupan sementara itu dilakukan bagi memastikan keselamatan orang awam.

“Pasukan penyelenggaraan PBBPP sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi tersebut bagi memastikan kawasan tersebut selamat untuk para pengunjung,” menurut kenyataan itu di laman Facebooknya hari ini.

Menurut PBBPP, tiada kecederaan dilaporkan dan pendaki serta pengunjung dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan berkenaan sehingga dimaklumkan kelak.

Pihaknya akan terus memantau keadaan dengan teliti dan mengambil semua langkah keselamatan yang perlu

Sumber: JKR Pulau Pinang

BACA: Keputusan Sesi Latihan Petang MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2025

BACA: Hujan Lebat Punca Tanah Runtuh Di Bukit Paya Terubong

The post Laluan Teluk Bahang-Balik Pulau Ditutup Dua Hari Akibat Tanah Runtuh appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center