Mat Saleh Kongsi ‘Terkena’ Buatan Malaysia
Mat Saleh Kongsi ‘Terkena’ Buatan Malaysia
Terkenal sebagai negara berbilang kaum, tidak dinafikan bahawa Malaysia merupakan syurga buat pecinta-pecinta makanan.
Dari nasi lemak ke laksa, roti canai hingga kuih-muih tradisional, mencerminkan kepelbagaian budaya yang harmoni.
Selain nasi lemak yang cukup sinonim dengan negara, budaya “mamak” juga tidak kurang hebatnya dan sudah sebati dengan masyarakat di sini.
Bercakap mengenai perkara ini, kedai atau restoran mamak bukan sekadar tempat makan, tapi lokasi ‘perhimpunan’ orang ramai, bahkan hingga ke larut malam.
Ada yang datang untuk menonton bola sepak di sini atau sekadar lepak kosong bersama rakan.
Lebih menarik lagi, kedai mamak ini juga menyajikan pelbagai makanan seperti roti canai, tosei, nasi kandar kuah banjir dan teh tarik yang menjadi kegemaran ramai.
Begitulah juga kisah seorang mat saleh yang cukup dikenali ramai sebagai “Mr. T”.
Terbaru, lelaki asal Amerika Syarikat itu sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi video tentang ‘sumpahan Malaysia’.
“Saya dengar satu mitos ‘gila’ tentang Malaysia, dan saya tak percaya langsung… “

Dalam video tersebut, Mr. T berkongsi sebelum menjejakkan kaki ke Malaysia, dia sering mendengar mitos mengenai negara berbilang kaum itu,
Namun, lelaki itu berkeras untuk tidak mempercayainya sehinggalah mitos berkenaan terpalit pada dirinya.
Tak Mampu Melawan

“Orang kata, mustahil untuk meninggalkan Malaysia tanpa jatuh cinta pada satu perkara. Pada mulanya, saya ingat itu cuma gurauan.
“Tapi kemudian saya sedar, ia memang betul. Ia betul-betul ‘kena’ pada saya.
“Saya cuba melawan..Tapi tak mampu. Saya sudah ketagih seumur hidup. Ini sumpahan Malaysia ke?
“Ia adalah teh tarik..” katanya.
Reaksi Netizen
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dari Malaysia turut bersetuju dengan pendapatnya.
Malah ada yang berseloroh untuk ‘tidak’ mencuba perkara lain agar tidak terus ketagih dengan keunikan di Malaysia.
Berikut antara komen warga maya;
“Tolong, jangan cuba-cuba Nescafe Tarik, tolong..” seloroh seorang lagi.
“Saya memang tak nak percaya, tapi satu perkara yang pasti, tapi setiap kali saya pergi ke kedai mamak, walaupun dari awal saya niat nak minum kopi, bila dah sampai dan abang mamak tanya, “Minum?” … jawapan “teh tarik” terus terkeluar dari mulut saya tanpa berfikir,” kongsi seorang lagi.
“Lain kali, awak perlu cuba sirap bandung cincau,” komen seorang lagi.
@random.4.you Malaysia myth: “You can’t leave Malaysia without falling in love with one thing.” I thought that was BS… until it happened.
#Malaysia #TikTokMalaysia #MalaysianCulture #KualaLumpur #MalaysiaTravel
♬ original sound – Mr. T
Sumber: TikTok @Mr.T
BACA: Mat Saleh Bagi Amaran, Ini Benda Paling Pantang Buat Dekat Malaysia
BACA: Ramai Boleh “Relate” Bila Mat Saleh Share ‘Nasib Kurang Baik’ Di Malaysia
The post Mat Saleh Kongsi ‘Terkena’ Buatan Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime
#Malaysia #TikTokMalaysia #MalaysianCulture #KualaLumpur #MalaysiaTravel