1 min read

Mechamato Nombor 1 Di Platform Penstriman China Lepas 72 Jam Ditayangkan


Mechamato Nombor 1 Di Platform Penstriman China Lepas 72 Jam Ditayangkan

Mechamato mencipta sejarah apabila mendapat tempat pertama dalam dua kategori selepas ditayangkan selama 72 jam di platform penstriman video paling popular di China, Youku. Berita gembira ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi animasi berkenaan pagi tadi.

Siri animasi tempatan ini berjaya meraih tontonan tertinggi bagi genre Kegemaran Budak Lelaki (Boys’ Favourite) dan Mecha.

“Mechamato menembusi Carta Teratas China. Dalam masa 72 jam sahaja, siri animasi Malaysia telah mendapat tempat nombor satu dalam kategori Kegemaran Budak Lelaki dan Mecha di Youku,” maklum Monsta.

Terdahulu, Mechamato mula menembusi pasaran hiburan China itu dengan tayangan 26 episod daripada siri penuh animasi berkenaan.

Malah animasi tempatan ini juga pernah memenangi pelbagai anugerah termasuk di peringkat antarabangsa antaranya tempat pertama bagi Anugerah Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival 2023.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: Mechamato Monsta

BACA: Ada Kenjiro Tsuda, Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang Di Malaysia

BACA: Tembusi Pawagam Jepun, Mechamato Movie Raih Pujian

The post Mechamato Nombor 1 Di Platform Penstriman China Lepas 72 Jam Ditayangkan appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center