Melancong Sebelum Wakuf, Jemaah Wajib Bayar Dam Jika Silap Langkah
Melancong Sebelum Wakuf, Jemaah Wajib Bayar Dam Jika Silap Langkah
Ketika ini, semua jemaah yang mendarat di Madinah sudah masuk ke Mekah bagi menunaikan umrah pertama, ada yang sampai awal dua minggu dan ada yang baru menjejak kaki di Tanah Haram.
Terdapat khabar di Tanah Suci ini, ada jemaah yang sudah bermiqat dari Madinah dan selesai umrah pertama telah keluar dari Tanah Haram semula untuk tujuan ziarah atau melancong melebihi dua marhalah seperti ke Taif, Jeddah dan beberapa kawasan perlancongan.
Tindakan melancong atau ziarah sebelum hari masyair ini sebenarnya tidak digalakkan kerana boleh membawa beberapa implikasi dari hukum syarak dan undang-undang.
Jemaah Keluar 2 Marhalah
Jemaah haji yang keluar dari Mekah melebihi dua marhalah seperti ke Taif sebelum Hari Kemuncak Haji atau Wukuf dan gagal berniat ihram haji atau umrah ketika masuk semula ke Tanah Haram boleh dikenakan dam isa’ah tertib dan taqdir iaitu wajib menyembelih seekor kambing.
Perkara itu susulan terdapat segelintir jemaah haji Malaysia yang telah menyelesaikan ibadah umrah dilaporkan keluar dari Mekah dan menuju lokasi melebihi dua marhalah (lebih 81 kilometer) seperti Taif atau Jeddah bagi tujuan melancong atau ziarah sebelum Hari Wukuf.
Pakar Rujuk Haji, Dr. Mohd Sirajuddin Siswadi Putera Mohamed Shith berkata, jemaah haji yang keluar dari Mekah ke lokasi seperti Taif sebelum Hari Masyair perlu memahami implikasi hukum dan peraturan ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mengelakkan isu ibadah dan berdepan masalah keselamatan.
Beliau menjelaskan, implikasi hukum tersebut bergantung kepada jenis haji yang dilaksanakan sama ada ifrad, qiran atau tamattu’.
Menurut beliau, jemaah haji ifrad dan qiran yang masih berada dalam ihram tidak berdepan masalah sekiranya keluar dari Mekah walaupun melepasi dua marhalah atau kawasan miqat.
Tiada implikasi hukum kerana mereka masih berada dalam keadaan berihram haji.
Jemaah Haji Tamattu’ Wajib Berniat Ihram Semula
“Namun bagi jemaah haji tamattu’ yang telah selesai umrah dan bebas daripada larangan ihram kecuali larangan memotong tumbuhan dan memburu binatang buruan di Tanah Haram Mekah, mereka wajib berniat ihram semula sama ada ihram haji atau umrah apabila mahu masuk ke Mekah selepas keluar ke Taif,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Menurut Mohd Sirajuddin, sekiranya jemaah haji tamattu’ memilih untuk berniat haji di miqat seperti Wadi Mahram di Taif, mereka boleh meneruskan ibadah haji tanpa dikenakan dam tambahan.
Bagaimanapun katanya, jika mereka masuk semula ke Mekah tanpa berniat ihram haji atau umrah, mereka dianggap melangkaui miqat tanpa ihram dan dikenakan dam isa’ah selain dam tamattu’ yang sedia ada.
Mohd Sirajuddin menjelaskan berdasarkan Resolusi Muzakarah Kebangsaan Kali Ke-36 Musim Haji 1441H/2019M, sekiranya jemaah haji tamattu’ pergi ke Taif sebelum wukuf, mereka wajib berniat ihram umrah sekurang-kurangnya di Qarnul Manazil kerana mereka ada kehendak untuk mengerjakan haji semasa masuk ke Mekah.
Resolusi itu menyebut jika jemaah haji tamattu’ yang pergi ke Taif berniat haji di Qarnul Manazil, jadilah haji tersebut haji tamattu’ yang tidak dikenakan dam tertib dan taqdir kerana telah kembali ke miqat asal atau mana-mana miqat yang lima untuk berniat haji.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.