1 min read

Menteri Agama Buat Lawatan Tanpa Notis Ke Kaunter MAIWP


Menteri Agama Buat Lawatan Tanpa Notis Ke Kaunter MAIWP

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turun padang ke kaunter Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi meninjau sendiri proses perkhidmatan yang diberikan kepada golongan asnaf.

Lawatan tanpa notis itu dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang pengalaman yang dilalui oleh asnaf ketika berurusan di kaunter.

Dalam kunjungan tersebut, Dr Mohd Na’im turut meluangkan masa menyantuni beberapa individu yang hadir, termasuk mendengar keluhan dan cabaran hidup mereka secara langsung.

“Ada yang datang dari jauh, ada yang menanggung beban keluarga, dan ada juga yang sudah berulang kali memohon bantuan,” kongsi beliau di laman Facebook.

Dalam pada itu, Dr Mohd Na’im secara terbuka mengakui wujud beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian segera, khususnya dari segi kecekapan sistem, pengurusan giliran, serta kemudahan tempat menunggu yang lebih selesa untuk para pengunjung.

“Saya telah tegaskan agar segala kelemahan ini ditambah baik dengan segera. Khidmat kaunter bukan sekadar urusan teknikal, ia adalah soal maruah dan harga diri mereka yang datang dengan harapan,” tegasnya.

BACA: Sarat Makna, Ucapan Terakhir Selaku Pengarah JSJ Bukit Aman Curi Tumpuan

Sumber: Dato’ Setia Dr. Naim

The post Menteri Agama Buat Lawatan Tanpa Notis Ke Kaunter MAIWP appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center