Menyala Sejak 1971, Api Kawah Digelar ‘Pintu Neraka’ Hampir Padam
2 mins read

Menyala Sejak 1971, Api Kawah Digelar ‘Pintu Neraka’ Hampir Padam



Menyala Sejak 1971, Api Kawah Digelar ‘Pintu Neraka’ Hampir Padam

Api di kawah terkenal yang digelar ‘Pintu Neraka’ kini hampir padam selepas pihak berkuasa Turkmenistan mengambil langkah untuk memadamkannya, lapor AFP.

Lubang sedalam 70 meter itu pernah menjadi tarikan utama pelancong kerana nyalaan api dan bara membara yang kelihatan dari jauh. Namun kini, yang tinggal hanyalah beberapa poket kecil api serta kawah hitam yang terbakar.

AFP melaporkan bahawa langkah itu diambil selepas Turkmenistan berikrar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, terutamanya metana yang tinggi.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), negara itu merupakan penyumbang terbesar kebocoran metana di dunia. Bagaimanapun, keputusan memadamkan api tersebut turut menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pelancong yang berkunjung ke kawasan berkenaan.

“Saya agak kecewa kerana gambar di internet menunjukkan api besar, tetapi realitinya berbeza. Kini kami sedar ia merupakan gambar dan video lama,” kata seorang pelancong yang berusia 35 tahun.

Penduduk tempatan bimbang hilang sumber pendapatan

Syarikat tenaga milik kerajaan Turkmengaz turut mengesahkan cahaya besar yang dahulunya kelihatan dari kilometer jauhnya kini hanya tinggal nyalaan kecil.

Dalam masa yang sama, penduduk tempatan pula bimbang kehilangan sumber pendapatan apabila pelancong tidak lagi tertarik berkunjung.

“Sekiranya Darvaza padam sepenuhnya, banyak syarikat pelancongan akan kehilangan pendapatan,” kata pekerja agensi pelancongan.

Menurut kumpulan hak asasi, ‘Pintu Neraka’ merupakan satu-satunya tarikan pelancong di Turkmenistan, sebuah negara yang hampir tidak menerima pelawat asing. Ia turut menjadi perbincangan para pemimpin yang mahu meningkatkan potensi kedatangan pelancong.

Presiden mengarahkan api itu dipadam pada tahun 2022

AFP melaporkan bahawa Darvaza digelar ‘Pintu Neraka’ selepas saintis Soviet menyalakan gas bawah tanah untuk mengelakkan keracunan terhadap penduduk dan ternakan pada 1971.

Presiden ketika itu, Gurbanguly Berdymukhamedov telah mengarahkan kawah itu dipadam pada 2022 atas faktor kesihatan, alam sekitar dan ekonomi.

Beliau juga menegaskan sumber gas yang terbakar sia-sia itu sepatutnya dimanfaatkan untuk keuntungan rakyat. Bagaimanapun, bagi sebahagian penduduk, padamnya api ikonik itu bermakna peluang ekonomi daripada pelancongan turut malap.

BACA: Ukraine Tekankan Gencatan Senjata Sebelum Rundingan Damai

Sumber: AFP

The post Menyala Sejak 1971, Api Kawah Digelar ‘Pintu Neraka’ Hampir Padam appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center