Pelajar Sekolah Antara Empat Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel
Pelajar Sekolah Antara Empat Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel
JOHOR BAHRU, 8 Sept (Bernama) — Polis menahan empat lelaki termasuk seorang pelajar sekolah menengah dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar bandar raya Johor Bahru pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan dan seorang lelaki warga asing berusia 16 hingga 26 tahun, dikesan melakukan kegiatan itu oleh anggota unit kereta peronda (MPV) di Jalan Songket di sini pada 5.15 pagi.
Beliau berkata kesemua suspek yang menaiki kereta Proton Wira bertindak melarikan diri sebelum berjaya ditahan di Jalan Bunga Raya di sini.
“Suspek yang berumur 16 tahun didapati masih bersekolah, manakala suspek yang lain tidak bekerja.
“Penahanan kesemua suspek ini menyelesaikan enam kes kecurian kabel di kawasan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Raub berkata menerusi penahanan itu pihaknya berjaya merampas pelbagai peralatan yang digunakan untuk mencuri kabel, selain kabel yang dicuri semasa kejadian.
Dalam pada itu, beliau berkata hasil saringan ujian air kencing mendapati tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine, sementara semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau curi kabel dan dadah.
Menurut Raub, kesemua suspek direman selama empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Terdahulu, tular di media sosial dua rakaman video memaparkan pihak polis mengejar suspek yang memecut laju kenderaan mereka sebelum berjaya diberkas di persimpangan jalan.
BACA: Satu Makmal Riuh, Katak “Besar” Terlepas Sebelum Eksperimen Bermula
BACA: Puluhan Potongan Daging Manusia Ditemukan Dalam Semak
Sumber: Bernama
The post Pelajar Sekolah Antara Empat Lelaki Ditahan Disyaki Curi Kabel appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime