Pelakon Siri Person Of Interest & Batman Begins, John Nolan Meninggal Dunia
Pelakon Siri Person Of Interest & Batman Begins, John Nolan Meninggal Dunia
Pelakon yang terkenal menerusi peranannya dalam Batman Begins dan Person of Interest, John Nolan dilaporkan meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Daily Mail UK melaporkan beliau menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu, menurut laporan Stratford-upon-Avon Herald.
Bagaimanapun, punca kematian tidak didedahkan kepada umum.
Beliau meninggalkan isterinya, pelakon Kim Hartman, dua anak iaitu Miranda dan Tom, serta dua cucu, Dylan dan Kara, selain anak-anak saudaranya.
Merupakan bapa saudara kepada Christopher & Jonathan Nolan
Nolan merupakan bapa saudara kepada dua pengarah filem terkenal, Christopher Nolan dan Jonathan Nolan. Malah, beliau turut memainkan peranan penting dalam perjalanan awal kerjaya mereka.
Selain itu, beliau turut dikenali menerusi siri Person of Interest terbitan Jonathan apabila membawakan watak bekas ejen MI6, John Greer yang bermula musim kedua. Beliau juga terlibat di belakang tabir sepanjang siri tersebut bersiaran.
Nolan merupakan graduan Drama Centre London dan antara pelajar terawal institusi berkenaan.
Di awal kerjayanya, beliau pernah melakonkan watak Romeo di Richmond Theatre sebelum menyertai Royal Shakespeare Company selama dua tahun.
Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, beliau turut terlibat dalam pelbagai pementasan teater termasuk Bequest To The Nation, Terror dan The World Is Full Of Married Men.
Selain itu, beliau juga pernah muncul dalam beberapa siri TV seperti General Hospital dan Enemy At The Door.
Beliau juga aktif dalam teater bersama Royal Court Theatre serta memegang beberapa peranan penting bersama Royal Shakespeare Company.
Sorotan kerjaya seni John Nolan
Pada awal 1970-an, Nolan muncul dalam drama BBC Doomwatch dengan membawa watak saintis Geoff Hardcastle untuk dua musim pertama.
Antara penampilan filem paling diingati adalah wataknya sebagai ahli lembaga Wayne Enterprises, Douglas Fredericks dalam Batman Begins (2005) dan The Dark Knight Rises (2012), kedua-duanya diarahkan oleh Christopher.
Beliau turut bekerjasama dengan Jonathan menerusi filem Following dan Dunkirk.

Dalam perkembangan lain, Nolan juga pernah membintangi minisiri Shabby Tiger pada tahun 1973 serta menulis dan membintangi trilogi berasaskan karya Dostoyevsky bersama Bristol New Vic sekitar 1980 hingga 1981.
Sepanjang kerjayanya, beliau terlibat dalam filem seperti Bequest To The Nation (1973), Terror (1978) dan The World Is Full Of Married Men (1979), selain membintangi pelbagai siri TV termasuk The Prisoner, The Sweeney dan Silent Witness.
Pada tahun 2013, beliau menyertai Person of Interest dan muncul dalam 28 episod sepanjang lima musim tayangan.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.