Pemandu Maut Langgar Lori Bawa Muatan Tembikai Di Kamunting
1 min read

Pemandu Maut Langgar Lori Bawa Muatan Tembikai Di Kamunting



Pemandu Maut Langgar Lori Bawa Muatan Tembikai Di Kamunting

IPOH, 19 Ogos (Bernama) — Seorang pemandu maut selepas lori membawa muatan telur yang dipandunya melanggar belakang lori mengangkut tembikai dalam kejadian di KM198.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kamunting, awal pagi tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata bomba menerima panggilan pada 5.18 pagi dan sepasukan 16 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik untuk buat potongan pada bahagian lori,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 32 tahun berjaya dibawa keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada 6.52 pagi.

BACA: Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi Hampir RM261.4 Juta Separuh 2025
BACA: Lebih Mudarat Dari Jimat, Bahaya Guna Sabun Baju Pada Pinggan

Sumber: Bernama

The post Pemandu Maut Langgar Lori Bawa Muatan Tembikai Di Kamunting appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center