PHM Kongsi Sebab Kenapa Sungai Bukan Tempat ‘Cuci Najis’ Haiwan Korban
2 mins read

PHM Kongsi Sebab Kenapa Sungai Bukan Tempat ‘Cuci Najis’ Haiwan Korban


PHM Kongsi Sebab Kenapa Sungai Bukan Tempat ‘Cuci Najis’ Haiwan Korban

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidiladha, suasana kampung pasti meriah dengan kehadiran penduduk yang pulang ke kampung dan turut serta dalam melaksanakan ibadah korban.

Aktiviti penyembelihan haiwan korban seperti lembu atau kambing bukan sahaja menjadi simbol pengorbanan, tetapi juga mempereratkan silaturahim antara ahli keluarga dan jiran tetangga.

Lazimnnya, selepas selesai proses penyembelihan, daging korban akan mula diagihkan kepada orang ramai, termasuklah bahagian organ dalaman haiwan seperti usus, perut, hati dan limpa.

Organ dalaman ini walau bagaimanapun tidak boleh terus dimasak kerana ia mengandungi sisa najis dan kotoran yang perlu dibersihkan dengan teliti terlebih dahulu.

Kebiasaannya, ramai mengambil jalan mudah dengan mencuci bahagian perut dan usus di kawasan sungai berdekatan.

Namun, tahukah anda sebenarnya cara ini boleh membawa mudarat kepada sumber air?

Sehubungan itu, SK hari ini akan kongsikan kenapa perlu elak daripada mencuci bahagian yang mengandungi najis ini di sungai menerusi Public Health Malaysia.

Sungai Bukan Tempat Cucian Najis

Setiap kali tibanya musim korban, amalan ibadah ini membuka ruang untuk kita berbuat baik, bukan saja kepada sesama manusia, tetapi juga kepada alam sekitar. 

Namun sayangnya, masih berlaku perbuatan membasuh najis dan perut lembu terus ke dalam sungai. Niat mahu membersih, tapi tindakan ini membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.

Cara Betul Kendalikan Organ Dalaman Dan Najis

Jarak sekurang-kurangnya 50–100 meter dari sungai, longkang atau sumber air awam.

1. Perut dan usus tidak boleh dibasuh di sungai. 

2. Sediakan lubang najis atau tong najis khas yang dikambus selepas digunakan. 

3. Najis dan organ buangan dikumpulkan dalam plastik hitam tebal dan dihantar ke tapak pelupusan. 

4. Sisa haiwan ditanam dalam lubang dalam, jauh dari sungai dan rumah. 

5. Jangan biarkan sisa terbuka atau dimakan haiwan liar.

Gambar: Public Health Malaysia

Sungai itu hidup. Ia bukan tong sampah.

Dan setiap air yang mengalir akan sampai ke tubuh manusia juga, kita sendiri atau anak kita nanti.

Sumber: Public Health Malaysia

BACA: Cara Semak Skim, Bantuan Dan Manfaat Kerajaan Yang Layak Diterima

The post PHM Kongsi Sebab Kenapa Sungai Bukan Tempat ‘Cuci Najis’ Haiwan Korban appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center