Pichet Pansan Kongsi Kemeriahan STL, Teruja Ramai Penonton Di Stadium
1 min read

Pichet Pansan Kongsi Kemeriahan STL, Teruja Ramai Penonton Di Stadium



Pichet Pansan Kongsi Kemeriahan STL, Teruja Ramai Penonton Di Stadium

Liga Sepak Takraw (STL) GP Perak telah melabuhkan tirai pada Ahad lalu dan menyaksikan pasukan Perak Bison merangkul gelaran juara dan membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta piala.

Pasukan itu berjaya menewaskan Kelantan Warriors menerusi straight set 15-11, 15-12 dalam perlawanan akhir di Stadium Indera Mulia.

Bagi tempat ketiga pula, ia berjaya diraih oleh pasukan KL Thunder, manakala Johor Tigris di tempat keempat, lapor Berita RTM.

Pun begitu, di sebalik aksi-aksi semua pasukan, perlawanan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penyokong yang memenuhi tempat duduk di stadium terbabit.

Perkara ini turut dikongsikan oleh pemain import Kelantan Warriors, Pichet Pansan, yang berkongsi gambar-gambar kemeriahan di sana.

BACA JUGA: Kenapa Pemain Takraw Boleh Gelak & Tak Mudah Melenting Walau Kena ‘Psiko’ Dengan Regu Lawan?

Bintang sepak takraw yang berasal dari Thailand itu meluahkan rasa teruja dengan kehadiran orang ramai yang menyokong STL.

“Liga Sepak Takraw Malaysia yang sebenar, beraksi di gelanggang macam superstar,” katanya.

Dia juga dilihat bergambar dengan latar belakang penyokong di situ.

Perkongsiannya membuatkan warganet di negara ini turut teruja dan berseloroh dengannya.

“Pichet lipat gulung mantap,” kata salah seorang netizen

“Penyokong Perak memang sempoi dan terbaik,” kata seorang lagi.

Untuk pengetahuan, Pichet secara rasmi diumumkan sebagai salah seorang pemain Kelantan Warriors pada Jun lalu dan bermain di posisi apit kanan.

Terkenal dengan teknik lipat gulung, Pichet memperkemaskan skuad Pantai Timur itu bersama seorang lagi import dari Thailand, Sukrit Wacharaburanaphong yang berperanan sebagai tekong.

Sumber: Pichet Pansan, Berita RTM

The post Pichet Pansan Kongsi Kemeriahan STL, Teruja Ramai Penonton Di Stadium appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center