Polis Giat Kesan Dua Suspek Pergaduhan Bersenjata Di Brickfields
Polis Giat Kesan Dua Suspek Pergaduhan Bersenjata Di Brickfields
KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) — Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan bersenjata di hadapan sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Sambanthan, di sini awal pagi tadi yang menyebabkan dua individu cedera.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata kedua-dua suspek yang berumur awal 30-an itu sudah dikenal pasti.
“Pihak polis juga meminta suspek untuk menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ku Mashariman berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 2.15 pagi yang mengatakan berlaku pertengkaran antara mangsa dengan dua suspek itu di hadapan pusat hiburan di Jalan Tun Sambanthan.
Katanya, dalam pertengkaran itu, dua lelaki berumur 33 dan 47 tahun cedera selepas diserang oleh suspek berkenaan menggunakan parang dan batang besi.
Menurut Ku Mashariman, kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah menggunakan senjata,” katanya.
Sumber: Bernama
BACA: Senarai Negara Dengan Umur Pencen Tertua Hingga Termuda
BACA: Kes Zara Qairina: Siasatan Telus, Tiada Siapa Dilindungi – PM Anwar
The post Polis Giat Kesan Dua Suspek Pergaduhan Bersenjata Di Brickfields appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime