Polis Kesan Lelaki Dipercayai Hilang Sudah 9 Hari
Polis Kesan Lelaki Dipercayai Hilang Sudah 9 Hari
Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang dipercayai sejak sembilan hari lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan itu pada 14 Ogos 2025 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
Menurut beliau, individu yang hilang dikenali sebagai Muhammad Aliff Syazwan Shah bin Mohd Nizam, 23, berbangsa Melayu.
“Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak lelaki berkenaan diminta segera menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Berdasarkan hebahan yang dibuat pada 14 Ogos lalu, mangsa difahamkan merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ADHD (pembelajaran).
Menurut laporan media tempatan, Muhammad Aliff dilaporkan keluar menunaikan solat Subuh di sebuah masjid berhampiran rumahnya di Taman Impian, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 10 Ogos lalu.
Namun, Muhammad Aliff tidak pulang sehingga kini.
BACA: 5 Remaja Terbabit Kes Buli Zara Qairina Didakwa Rabu Ini – Peguam Negara
Sumber: Polis Kuantan
The post Polis Kesan Lelaki Dipercayai Hilang Sudah 9 Hari appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime