Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini
1 min read

Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini



Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lima negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menurut kenyataan itu, lima negeri yang terlibat adalah Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak.

“Di Terengganu, beberapa daerah dijangka hujan seperti Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

“Manakala di Pahang, hanya dua daerah diramal hujan iaitu Pekan dan Rompin. Bagi Selangor, daerah Hulu Langat satu-satunya daerah yang diramal hujan hingga malam ini.

“Sementara itu, di Johor, dua kawasan diramal hujan seperti Mersing dan Kota Tinggi.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat termasuk Kuching (Kuching), Serian, Sri Aman (Lubok Antu) dan Sibu (Sibu dan Selangau),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: BUDI95: Lebih 13 Juta Rakyat Menikmati Penjimatan RM800 Juta Pada Bulan Pertama

BACA: Pemilik, Pemandu Kenderaan Singapura Tidak Dibenar Keluar Jika Tidak Bayar Saman VEP – JPJ

The post Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Malam Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center