Tak Ubah Macam Hotel Mewah, Penghuni ‘Bersatu’ Hias PPR
2 mins read

Tak Ubah Macam Hotel Mewah, Penghuni ‘Bersatu’ Hias PPR



Tak Ubah Macam Hotel Mewah, Penghuni ‘Bersatu’ Hias PPR

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat itulah peribahasa yang dapat menggambarkan komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Pantai Dalam sewaktu melakukan gotong royong mencantikkan setiap lobi blok perumahan itu.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @fikaafikah82, memaparkan usaha luar biasa penghuni PPR itu mengubah suasana lobi di aras kediaman mereka menjadi lebih cantik, seolah-olah sebuah hotel mewah hingga mencuri perhatian ramai.

“Hasil gotong royong bekerjasama mencantikkan lobi lif tingkat masing-masing.. Ini hasil dari kami tingkat 11 Blok B PPR Pantai Ria,” tulisnya dalam klip berkenaan.

Seronoknya Hidup Berpakat Macam Ni

Gambar: TikTok @fikaafikah82
Gambar: TikTok @fikaafikah82

Menurut Fika sewaktu dihubungi SK, meskipun tiada pertalian darah, komuniti di sini mencapai kesepakatan melalui perbincangan dalam merealisasikan usaha itu.

Inisiatif ini bukan sahaja dapat membersih dan menukar wajah baharu blok itu, malah memupuk komuniti yang sihat dan harmoni.

Katanya, selain blok yang didiaminya, blok A,C dan D juga terlibat dengan aktiviti gotong royong ini, dengan bermodalkan kutipan dana penduduk setempat dan bantuan RM300 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Gambar: TikTok @fikaafikah82
Gambar: TikTok @fikaafikah82

Siapa sangka dinding-dinding yang dahulunya kusam dan hitam kini dihiasi dengan hiasan dinding, tanaman hijau malah siap boleh ‘mengopi’ dengan adanya meja dan kerusi batu di lobi aras itu.

Hasil Gotong Royong Warga Blok B PPR Pantai Ria Aras 11

Gambar: TikTok @fikaafikah82
Gambar: TikTok @fikaafikah82
Gambar: TikTok @fikaafikah82
@fikaafikah82

hasil gotong royong bkejesama mcantikkan lobi lif tingkat masing2.. ini hasil dr kami tingkt 11 blok b ppr pantai ria #BlokB #flatDbkl #PprpantaiRia #PantaiDalam #LaguJamilah

♬ suara asli – Lagu Kenangan – Lagu Kenangan

Dah boleh buat studio raya ni – Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ia dipenuhi dengan pujian dan rasa kagum daripada warga maya terhadap inisiatif ini.

Sebahagiannya memuji tindakan dan semangat bermasyarakat yang dtonjolkan oleh penduduk PPR di situ.

“Sedap je mata memandang… Terbaik PPR Pantai Ria…” komen seorang pengguna.

“Kalau bini suruh tido luar memang takde hal,” seloroh seorang pengguna.

“Tahniah kepada semua penghuni PPR Pantai Ria atas kebersamaan anda,” puji seorang warga maya.

“Pintu lif terbuka je terus eh….aku dah dalam rumah ke ni…” tulis seorang lagi

“Tinggkat 11 tu ada berapa buah rumah..Kalau tetamu ramai datang,leh buat ruang tamu dekat luar tu…bentang tikar jer,” komen pengguna lagi.

Sumber: TikTok @fikaafikah82

BACA: Seronoknya Hidup Berpakat, Penghuni Kerjasama ‘Hias’ PPR Tak Ubah Kondo Mewah

The post Tak Ubah Macam Hotel Mewah, Penghuni ‘Bersatu’ Hias PPR appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center