Thailand, Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat  – Trump
1 min read

Thailand, Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat  – Trump



Thailand, Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat  – Trump

WASHINGTON, 13 Dis (Bernama) — Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata pada Jumaat menerusi media sosial bahawa Thailand dan Kemboja bersetuju untuk menghentikan semua tembakan berkuat kuasa petang Jumaat, lapor Xinhua.

“Saya mengadakan perbualan yang sangat baik pagi ini dengan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul, dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet berhubung konflik jangka panjang mereka yang amat dikesali,” kata Trump di Truth Social, sambil menambah bahawa kedua-dua negara bersedia untuk mencapai keamanan.

Konflik sempadan Thailand-Kemboja kembali memuncak pada petang Ahad susulan pertempuran bersenjata yang tercetus pada akhir Julai lalu.

Kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain sebagai pihak yang memulakan serangan dan mengesahkan berlakunya korban.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Thailand, Surasant Kongsiri berkata pada Khamis bahawa pertempuran sempadan terbaharu dengan Kemboja mengorbankan sembilan anggota tentera Thailand, mencederakan lebih 120 orang serta menyebabkan hampir 200,000 orang awam Thailand dipindahkan.

Setakat petang Jumaat waktu tempatan, jumlah penduduk Kemboja yang dipindahkan akibat pertempuran di kawasan sempadan meningkat kepada lebih 300,000 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri Kemboja dalam satu kenyataan media.

Sumber: Bernama

BACA: Konflik Kemboja-Thailand: PM Anwar Adakan Perbincangan Dengan Trump

The post Thailand, Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat  – Trump appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center