Trump Kenakan Tarif Import 25 Peratus Terhadap Malaysia
Trump Kenakan Tarif Import 25 Peratus Terhadap Malaysia
WASHINGTON — Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan bahawa Malaysia antara negara yang akan dikenakan tarif import baharu sehingga 25 peratus termasuk Jepun dan Korea Selatan bermula 1 Ogos ini, lapor AFP.
Menerusi kenyataan yang di muat naik di platform Truth Social milik Trump, kadar tarif yang dikenakan berbeza mengikut negara.
Difahamkan, ia merupakan sebahagian daripada langkah keras Washington untuk merundingkan semula perjanjian perdagangan antarabangsa.
Selain Malaysia, negara lain yang turut dikenakan tarif seperti Indonesia sebanyak 32 peratus, Bangladesh 35 peratus, Thailand 36 peratus, 40 peratus untuk Laos dan Myanmar.
Sebelum ini, pelaksanaan tarif yang lebih tinggi pada awalnya dijadualkan bermula pada hari Rabu ini namun Trump mengambil keputusan untuk menangguhkan pada 1 Ogos ini.
Dalam kenyataan tersebut, Trump turut memberi amaran bahawa tarif tambahan sebanyak 10 peratus akan dikenakan ke atas mana-mana negara yang didapati mengamalkan dasar anti-Amerika.
Pengumuman ini mencetuskan kebimbangan di kalangan pasaran kewangan antarabangsa. Indeks Nasdaq dan S&P 500 masing-masing mencatatkan penurunan 0.9 peratus dan 0.8 peratus pada hari yang sama, mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap potensi perang perdagangan baharu.
Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent, berkata lebih banyak perjanjian perdagangan sedang dirundingkan dan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Beliau turut memaklumkan bahawa kebanyakan negara kini mula memberikan tawaran baharu selepas menerima surat amaran tarif daripada AS.
Sumber: AFP
BACA: Putin Tandatangani Undang-Undang Wajibkan Apple Benarkan App Store Rusia Dipasang Pada Peranti – Dokumen
The post Trump Kenakan Tarif Import 25 Peratus Terhadap Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime