UTM Wakil Sulung Malaysia Di Texas, Lancar Roket “RIMAU-1”
UTM Wakil Sulung Malaysia Di Texas, Lancar Roket “RIMAU-1”
Sekumpulan pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta sejarah apabila berjaya melancarkan roket buatan sendiri yang dinamakan “RIMAU-1” dalam pertandingan antarabangsa International Rocket Engineering Competition (IREC) 2025 yang berlangsung di Midland, Texas, Amerika Syarikat.
Kejayaan ini menjadikan UTM sebagai pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke peringkat akhir pertandingan berprestij anjuran Tripoli Rocketry Association yang berlangsung selama enam hari sehingga 14 Jun. Pencapaian ini sekaligus mengharumkan nama negara di persada dunia.
Pasukan UTM Rocketry Team diketuai oleh T.K. Arykummara, pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, bersama ahli utama pasukan iaitu Brenden Huang Hong Quan, K. Raahull, Izzat Idlan Amir Raslan dan S.N. Shivee Prakkaash, terdiri daripada gabungan pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.
“Penyertaan ini bukan sekadar satu pertandingan, tetapi lambang semangat inovasi, daya juang dan kerjasama pasukan kami yang membawa semangat Malaysia ke pentas antarabangsa,” kata Arykummara.
BACA: Mudah Je, Wanita Kongsi Cara Tanam Cendawan Tiram Di Rumah
RIMAU-1 mempunyai ketinggian 2.8 meter dan berat 28 kilogram, dibina menggunakan bahan gentian kaca dan karbon. Roket ini direka untuk mencapai ketinggian maksimum sehingga 3,000 meter, selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan penganjur.
Projek pembinaan roket ini mengambil masa lebih sembilan bulan, melibatkan 40 pelajar dari pelbagai bidang teknikal.
Ujian awal dijalankan sejak Januari, manakala pembinaan secara intensif bermula pada Mac dan siap dalam tempoh dua bulan.
Menariknya, pasukan ini turut membangunkan sendiri sistem payung terjun sebagai ciri keselamatan, serta menggunakan “ammonium perchlorate” sebagai sistem pendorong utama bagi membolehkan roket mencapai ketinggian yang disasarkan.
Kos pembinaan RIMAU-1 dianggarkan sebanyak RM40,000, manakala kos keseluruhan termasuk logistik dan perjalanan mencecah RM200,000.
Projek ini mendapat sokongan kewangan daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (JTNCHEPA), UTM International (UTMI) dan beberapa penaja lain.
Menurut Arykummara, pembinaan roket bukan sekadar menyatukan komponen, tetapi melibatkan proses penyelidikan, pengujian berulang dan ketelitian teknikal serta keselamatan pada setiap peringkat.
BACA: Ini Boleh Berlaku Selepas Korang “Upload” Gambar Peribadi Dalam AI
Untuk info, IREC 2025 menghimpunkan lebih 7,000 pelajar dari 172 institusi pengajian tinggi di seluruh dunia, namun hanya 176 pasukan terpilih ke peringkat akhir.
Penyertaan rasmi UTM sekali gus meletakkan Malaysia setanding dengan universiti-universiti ternama dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa.
Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, menyifatkan pencapaian ini sebagai bukti keupayaan pelajar UTM bersaing di peringkat antarabangsa dan memperkukuh reputasi pendidikan tinggi negara.
“Kami amat berbangga dengan kejayaan ini dan berharap ia menjadi inspirasi kepada generasi muda Malaysia untuk terus berani mencabar diri dan berinovasi dalam bidang teknologi dan sains angkasa,” katanya.
Ketika ini, pasukan UTM Rocketry sedang menantikan keputusan akhir pertandingan, dengan membawa semangat dan harapan seluruh rakyat Malaysia untuk menempatkan diri antara yang terbaik di IREC 2025.
BACA: Elak Ucap “Tolong” & “Terima Kasih” Kepada ChatGPT, Ini Sebabnya
Sumber: UTM NewsHub
The post UTM Wakil Sulung Malaysia Di Texas, Lancar Roket “RIMAU-1” appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime