Wanita Kanada Akui Terkejut Tiga Benda Ini Bila Sampai Malaysia
2 mins read

Wanita Kanada Akui Terkejut Tiga Benda Ini Bila Sampai Malaysia



Wanita Kanada Akui Terkejut Tiga Benda Ini Bila Sampai Malaysia

Tidak dinafikan, Malaysia dipenuhi dengan pelbagai perkara yang menarik untuk diterokai sama makanan, budaya dan keindahan alamnya.

Baru-baru ini, tular video seorang pelancong dari Kanada yang terkejut dengan ‘budaya’ yang terdapat di Malaysia.

Dalam klip yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @salehfamily, berkongsi tiga perkara yang mengejutkan dirinya sewaktu datang ke negara berbilang kaum itu.

Tiga Benda Ini Buat Wanita Kanada ‘Tergamam’ Dengan Malaysia

“Nombor 1, anda boleh hubungi sesiapa sahaja melalui WhatsApp. Contohnya bank saya ada nombor WhatsApp, Tukang paip saya ada WhatsApp.

“Tukang elektrik saya, doktor saya, pakar, doktor kanak-kanak, doktor mata semuanya guna WhatsApp.

“Jadi, bagi orang yang introvert macam saya, ini ibarat syurga, Tak perlu nak bercakap panjang dengan sesiapa,” katanya.

Tambah wanita itu, disebabkan aplikasi permesejan dalam talian ini, dia tidak perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor. Semuanya berada di hujung jari.

Mereka hanya perlu menghantar mesej untuk membuat temu janji dengan doktor.

Memang Next Level

Perkara kedua yang membuatkan dirinya tergamam tentang Malaysia adalah perkhidmatan penghantaran di sini memang luar biasa.

“Contohnya anda masak makanan dan nak hantar kepada kawan yang tinggal di bandar lain, cuma panggil ‘rider’.

“Dia akan datang ambil makanan panas itu dan hantarkan dalam masa 15 hingga 20 minit sahaja,” ujarnya.

Bagi dirinya, perkara itu sememangnya luar biasa. Lazimnya di Kanada, ia sekurang-kurangnya mengambil masa dua jam untuk sampai ke rumah.

“Tapi di sini, 15 hingga 20 minit sahaja dah sampai. Memang hebat,” katanya lagi.

Selain itu, perkara ketiga yang membuatkan dirinya kagum mengenai Malaysia adalah pembayaran melalui kod QR.

“Teknologi ini tak wujud di Kanada atau Amerika Syarikat lagi. Di Malaysia, anda boleh keluarkan kod QR daripada akaun bank anda, sesiapa sahaja boleh imbas.

“Ia sama ada tukang paip, pembantu rumah, malah kalau jual air tepi jalan pun orang boleh imbas kod QR.

“Dalam masa satu saat sahaja, duit terus masuk ke akaun.

“Tak macam pindahan wang melalui e-mel di Kanada yang kadang-kadang ambil masa 30 minit, 40 minit, malah ada yang sampai 24 jam baru selesai,” jelasnya lagi.

Secara peribadi, dia menyifatkan penggunaan kod QR di mana-mana ini sangat praktikal khususnya dalam urusan harian.

@salehfamily

I think we were living in the Stone Age back in Canada like why aren’t these things a thing yet 😭 #hijrah#leavingcanada

♬ original sound – Will & Sana Saleh

Sumber: TikTok @salehfamily 

BACA:Kongsi Pengalaman, Pelancong India Akui ‘Malu’ Datang Malaysia

BACA: Hujan Lebat Diramal Landa Sembilan Negeri Petang Ini

The post Wanita Kanada Akui Terkejut Tiga Benda Ini Bila Sampai Malaysia appeared first on Siakap Keli.





Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center