Spesies Baharu Ditemui, Ini 3 Fakta Menarik Tentang “Peltidium Penyu”
5 mins read

Spesies Baharu Ditemui, Ini 3 Fakta Menarik Tentang “Peltidium Penyu”

Spesies Baharu Ditemui, Ini 3 Fakta Menarik Tentang Peltidium Penyu

Penemuan spesies baharu merupakan antara perkara penting dalam bidang biodiversiti di seluruh dunia. Setiap penemuan membantu saintis memahami kepelbagaian hidupan serta ekosistem yang masih belum diterokai sepenuhnya.

Dengan bantuan teknologi yang semakin maju, saban hari kita dapat saksikan penemuan spesies baharu di lokasi yang tidak dijangka.

Penemuan baharu ini bukan sahaja menambah rekod saintifik, malah membantu usaha pemeliharaan alam semula jadi.

Baru-baru ini, Malaysia kembali mendapat perhatian dunia apabila satu spesies baharu krustasea kecil ditemui di perairan Sabah. Perkembangan ini sekali gus menambah rekod biodiversiti marin negara.

Spesies tersebut dinamakan Peltidium penyu, sempena struktur badannya yang menyerupai cangkerang penyu serta lokasi penemuannya.

Kredit: Profesor Madya Dr Azman Abdul Rahim

Penemuan ini didokumentasikan menerusi kajian bertajuk A new species of marine cave copepod, Peltidium penyu (Copepoda: Harpacticoida: Peltidiidae) from the Turtle Tomb, Sipadan Island, Sabah, Malaysia yang diterbitkan dalam Raffles Bulletin of Zoology pada 25 Mac 2026.

Mewakili School of Biology, Nakhon Ratchasima Rajabhat University, Kasetsart University, serta Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kajian tersebut dilaksanakan oleh tiga penyelidik, Dr Chaichat Boonyanusith, Profesor Madya Dr Koraon Wongkamhaeng dan Profesor Madya Dr Azman Abdul Rahim.

Berikut SK kongsikan tiga fakta menarik mengenai spesies hidupan laut yang baru ditemui ini.

Ditemui Dalam Gua Laut Gelap Di Sipadan

Kredit: Chaichat Boonyanusith, Koraon Wongkamhaeng & B.A.R. Azman

Spesies baharu ini ditemui di Gua Makam Penyu, sebuah gua laut di Pulau Sipadan, Sabah. Lokasi tersebut terletak kira-kira 200 meter dari pintu masuk gua dan berada pada kedalaman sekitar 20 hingga 24 meter.

Difahamkan, pengumpulan spesimen dilakukan menggunakan perangkap cahaya khas yang diletakkan berhampiran sisa rangka penyu di zon gelap gua.

Sampel kemudian diproses di makmal menggunakan mikroskop berkuasa tinggi bagi mengenal pasti ciri morfologi spesies tersebut.

Menariknya, spesies ini hanya diketahui wujud di lokasi tersebut setakat ini, menjadikannya spesies unik yang mempunyai habitat terhad.

Kredit: Chaichat Boonyanusith, Koraon Wongkamhaeng & B.A.R. Azman

Saiz Kecil, Bentuk Badan Sangat Unik

Walaupun bersaiz sangat kecil, Peltidium penyu mempunyai ciri fizikal yang kompleks. Spesimen betina dewasa mempunyai panjang sekitar 1.1 milimeter, menjadikannya hampir mustahil dilihat dengan mata kasar.

Badannya berbentuk leper dan melebar, dengan permukaan yang dipenuhi struktur kitin keras. Struktur ini membentuk rangka seperti jejaring yang menjadi salah satu ciri utama spesies tersebut.

Kredit: Chaichat Boonyanusith, Koraon Wongkamhaeng & B.A.R. Azman

Bahagian badan hadapan atau cephalothorax merangkumi kira-kira 70 peratus panjang badan, manakala permukaan badannya turut mempunyai liang kecil serta kawah bulat halus. Ciri ini membantu membezakan spesies ini daripada spesies lain dalam genus sama.

Selain itu, spesies ini mempunyai antena tujuh segmen dan struktur rahang khas yang membezakannya daripada spesies berkait rapat seperti Peltidium exiguum.

Kredit: Chaichat Boonyanusith, Koraon Wongkamhaeng & B.A.R. Azman

Habitat Luar Biasa Berbanding Spesies Lain

Kebanyakan spesies dalam genus Peltidium biasanya hidup di kawasan berumput laut atau alga laut. Namun, Peltidium penyu ditemui di dalam gua laut, satu habitat yang jarang dikaitkan dengan genus ini.

Penyelidik mencadangkan bahawa spesies ini mungkin memasuki gua melalui proses penyebaran pasif. Antara kemungkinan termasuk melekat pada permukaan badan penyu atau bahan alga yang terbawa masuk ke dalam gua.

Nama ‘penyu’ diberikan kerana bentuk badannya yang menyerupai cangkerang penyu serta kaitan lokasi penemuan dengan kawasan rangka penyu di Gua Makam Penyu.

Kredit: Chaichat Boonyanusith, Koraon Wongkamhaeng & B.A.R. Azman

Penemuan Penting Untuk Biodiversiti Malaysia

Penemuan Peltidium penyu merupakan rekod pertama spesies daripada genus Peltidium yang ditemui di perairan Malaysia.

Kajian ini turut menyumbang kepada pangkalan data global biodiversiti marin dan didaftarkan sebagai Ocean Census Species Number 214, sekali gus mengukuhkan kepentingan eksplorasi saintifik di kawasan laut negara.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch