PM Anwar Selamat Tiba Di Tanah Air
PM Anwar Selamat Tiba Di Tanah Air
KUALA LUMPUR — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di tanah air selepas selesai melakukan lawatan kerja dan rasmi ke tiga negara.
“Alhamdulillah delegasi Malaysia selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 2.05 pagi tadi.
“Sempat rehat dan bersama keluarga buat seketika sebelum pagi ini turun ke KLCC bagi sesi pembukaan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang menjadi medan penting memperkukuh solidariti serantau serta menyelaras pendirian bersama dalam menghadapi tatangan global.
“Semoga dipermudahkan, Insya-Allah,” kongsi Anwar dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.
Sebelum ini, Anwar berkata lawatan rasmi ke tiganegara itu iaitu Itali, Perancis dan Brazil berjaya mencapai objektif yang disasarkan.
Anwar berkata selain memperkukuh kerjasama dua hala, lawatan itu turut membuka peluang baharu dalam usaha menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan Malaysia
“Lawatan yang bermula di Itali pada 1 Julai lepas turut berjaya meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya pada sidang media semasa mengakhiri lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula pada 1 Julai lepas.
Beliau berkata siri lawatan itu turut membuka jaringan lebih luas kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mengembangkan operasi ke pasaran antarabangsa.
Sumber: Anwar Ibrahim
BACA: Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil Berjaya Capai Objektif – PM Anwar
The post PM Anwar Selamat Tiba Di Tanah Air appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime