Manulife Malaysia Terajui Era Baharu Perlindungan Kesihatan di Malaysia
Risiko kesihatan dan kos rawatan yang semakin meninggi untuk rakyat Malaysia menjadikan perlindungan kesihatan yang lebih menyeluruh dan proaktif satu keperluan.
Kajian Asia Care 2024 yang dijalankan oleh Manulife mendedahkan realiti yang semakin membimbangkan di mana 45% rakyat Malaysia melihat kanser sebagai ancaman utama terhadap kesihatan mereka di masa hadapan.1 Pada masa yang sama, mereka juga berhadapan dengan kenaikan kos penjagaan kesihatan sebanyak 29%, mencatatkan kadar kedua tertinggi di Asia. Malah, 71% berpendapat bahawa manfaat kesihatan daripada majikan sahaja tidak memadai untuk menjamin kesejahteraan jangka panjang. Data rasmi dari Jabatan Perangkaan Malaysia mengesahkan bahawa kanser kini menduduki tempat keempat di antara punca utama kematian² di Malaysia. Manakala Cancer Research Malaysia menjangkakan penyakit itu boleh meningkat dua kali ganda menjelang 2040, dengan risiko sepanjang hayat untuk 1 daripada 10 lelaki dan 1 daripada 9 wanita.³
Oleh sebab itu, perlindungan kesihatan ialah sesuatu yang lebih daripada hanya perlindungan untuk kecemasan. Manulife mengambil langkah untuk mengutamakan keperluan kesihatan rakyat dengan menawarkan perlindungan menyeluruh, bermula dari pencegahan kepada pengesanan awal sehinggalah sokongan jangka panjang. Komitmen ini dibuktikan melalui penawaran pelbagai produk termasuk Manulife Health Saver Enrich (MHSE) dan Beyond Critical Cover (BCC), yang direka khas untuk membantu rakyat Malaysia di dalam setiap fasa penjagaan kesihatan. Matlamat utama penawaran ini adalah untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih lama, sambil meringankan beban kos penyakit-penyakit kritikal.
“Bagi kami, insurans kesihatan bukan sahaja bertindak sebagai perlindungan, tetapi satu bentuk sokongan untuk membolehkan setiap individu menguruskan aspek kesejahteraan hidup mereka. Manulife sentiasa berusaha untuk mempermudahkan perlindungan kesihatan agar lebih proaktif dan sesuai dengan keperluan harian rakyat Malaysia,” kata Vibha Coburn, Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia.
Visi ini selaras dengan matlamat Cancer Research Malaysia (CRMY) yang memberi tumpuan kepada pencegahan awal, diagnosis tepat, rawatan menyeluruh dan proses pemulihan. Kerjasama antara produk fleksibel Manulife dan penyelidikan termaju CRMY membuka ruang kepada penawaran perlindungan kesihatan yang lebih mampu milik, mudah diakses dan berpatutan dalam dunia yang semakin berubah.
MHSE merupakan contoh pendekatan baharu dalam perlindungan kesihatan menyeluruh. Sebagai produk yang mendapat pengiktirafan anugerah terkemuka, MHSE bukan sahaja memberi perlindungan rawatan hospital yang konvensional tetapi juga menawarkan sokongan menyeluruh sepanjang perjalanan kesihatan pelanggan. Antara manfaat yang ditawarkan termasuk perlindungan untuk vaksinasi utama, sokongan kesejahteraan mental, serta pemulihan pasca rawatan sehingga 365 hari. Lebih dari itu, MHSE turut menyediakan penjagaan susulan sehingga lima tahun bagi pesakit kanser selepas pemulihan, membantu memantau risiko penyakit berulang dan menyokong keperluan jangka panjang dengan lebih terancang.
Untuk menggalakkan gaya hidup sihat rakyat Malaysia, MHSE menawarkan diskaun sehingga 40% ke atas caj insurans bagi setiap tahun bagi pelanggan yang tidak membuat tuntutan. Pelan ini juga memanfaatkan seisi keluarga menerusi had tahunan sehingga RM20 juta, dengan tawaran perlindungan fleksibel untuk pasangan serta lima anak dalam satu polisi, termasuk diskaun tambahan kepada seisi keluarga untuk lebih penjimatan.
Sebagai langkah persediaan menghadapi cabaran kesihatan yang tidak dijangka, siri Beyond Critical Cover (BCC) Manulife menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap 48 jenis penyakit kritikal termasuk kanser, yang terus merupakan kebimbangan utama rakyat Malaysia. Menerusi ciri BCC Booster, jumlah perlindungan akan meningkat secara automatik sebanyak 5% setiap tahun, di mana peningkatan ini berdasarkan inflasi perubatan dan kenaikan kos rawatan. Dengan manfaat tambahan seperti bayaran untuk kemasukan ke ICU dan rawatan hospital jangka panjang, BCC bertindak sebagai pelindung kewangan agar pelanggan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pemulihan.
“MHSE dan BCC sememangnya lebih daripada sekadar pelan insurans. Ia adalah komitmen Manulife untuk membantu rakyat Malaysia sentiasa bersedia dalam menghadapi risiko kesihatan. Kami menumpukan perhatian dari semua aspek – pencegahan, menghargai gaya hidup sihat, dan memastikan perlindungan yang diberikan mampu melindungi seisi keluarga, dari satu generasi ke generasi seterusnya,” kata Marilyn Wang, Ketua Pegawai Pemasaran Manulife Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai MHSE, BCC, dan bagaimana Manulife mengubah landskap perlindungan kesihatan anda dan keluarga, sila lawati laman sesawang kami di www.manulife.com.my.
The post Manulife Malaysia Terajui Era Baharu Perlindungan Kesihatan di Malaysia appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime