Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas
1 min read

Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas



Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas

KEPALA BATAS, 6 Sept (Bernama) — Dua pemandu maut manakala seorang penumpang cedera parah selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung antara satu sama lain di Jalan Shah Bandar, Taman Bertam Perdana di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang John Sagun Francis berkata mangsa yang maut ialah pemandu kereta Perodua Myvi Tan Kwang Sin, 56, dan pemandu Proton Iswara Muhamad Haziq Adnan, 22.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.22 petang sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bertam dikerah ke lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa tersepit di ruang hadapan kereta masing-masing dan pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas.

“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dalam masa setengah jam dengan pemandu Myvi telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kepala Batas,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

John berkata Muhamad Haziq, yang mengalami kecederaan parah, meninggal dunia di hospital sama ketika menerima rawatan manakala penumpang wanita kereta Myvi pula cedera parah termasuk patah tangan kiri.

Sumber: BERNAMA

The post Dua Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Nahas Di Kepala Batas appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center