Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
1 min read

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini



Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, negeri yang terlibat adalah Perak, Selangor, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan.

“Di Perak, daerah yang terlibat adalah Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang. Manakala di Selangor pula hanya melibatkan daerah Sabak Bernam.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Mukah (Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu dan Limbang (Lawas).

“Di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Dari Jauh Berlari, Rintihan Lelaki Ini Runtun Hati Ramai

BACA: Sukan SEA Thailand: Ini Reaksi Skuad Sepak Takraw Malaysia Selepas Raih Emas

 

The post Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center