Ini Enam Hak Penyewa Yang Ramai Tak Tahu
2 mins read

Ini Enam Hak Penyewa Yang Ramai Tak Tahu


Ini Enam Hak Penyewa Yang Ramai Tak Tahu

Rumah sewa menjadi salah satu alternatif kepada golongan perantau dalam mencari rezeki malah golongan yang baru sahaja mendirikan rumah tangga juga tidak terkecuali.

Seperti yang diketahui, pemilihan rumah sewa sudah tentu melibatkan aspek seperti lokasi, kadar sewa, kemudahan yang disediakan sama ada di dalam rumah mahupun kawasan sekitar.

Namun, ramai yang terlepas pandang mengenai hak-hak sebagai penyewa rumah.

Sehubungan itu, SK hari ini ingin berkongsikan beberapa hak penyewa yang wajib diketahui bagi mengelak ‘ditipu’ tuan rumah menerusi hantaran Facebook Rubi Hasman di bawah.

Hak Penyewa Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: Rubi Hasman via Facebook

Selalu kita dengar pasal hak tuan rumah je kan? Kali ni, jom kita sembang sikit tentang hak penyewa yang mungkin ramai terlepas pandang.

Kalau anda tengah menyewa, ini antara hak-hak yang patut anda tahu dan tuntut kalau ada dalam perjanjian sewa:

1. Penyewa tak boleh dihalau sesuka hati. Tuan rumah wajib beri notis 1 atau 2 bulan sebelum minta keluar mengikut pada tenacy agreement yang dah buat masa awal dulu.

2. Rumah yang disewa wajib ada perlindungan takaful kebakaran. Ini tanggungjawab tuan rumah ya.

3. Tuan rumah tak boleh ganggu penyewa sesuka hati. Asalkan sewa dibayar cantik dan rumah dijaga elok, penyewa berhak duduk aman tanpa gangguan. Jangan la asyik nak datang cek rumah je. Penyewa pun perlukan privacy juga.

4. Deposit boleh dapat balik ketika penyewa keluar dari rumah tersebut. Bila kontrak tamat, dan rumah dipulangkan dalam keadaan baik tanpa tunggakan bil, deposit harus dipulangkan sepenuhnya.

Saya dah jumpa banyak kes owner tak ada duit nak pulangkan deposit selepas penyewa keluar. Jenuh nak meminta juga.

5. Rumah yang disewakan mestilah dalam keadaan selamat dan boleh diduduki.

Tanggungjawab tuan rumah untuk pastikan rumah selamat diduduki sebelum disewa. Pastikan sebelum rumah disewakan atap tak bocor, tak ada bahagian bumbung yang reput dan sebagainya.

6. Bil cukai tanah dan cukai pintu ditanggung oleh tuan rumah. Bukan tanggungjawab penyewa.

Kalau korang tengah menyewa atau plan nak menyewa, pastikan perjanjian sewa tu lengkap dengan semua hak ni. Jangan main tandatangan je.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Rubi Hasman via Facebook

BACA: Sebab ‘Wajib’ Pecah Cermin Pintu Sisi Bila Kereta Tenggelam

BACA: Surat Tulisan Tangan Buat “Uncle JPJ” Jadi Sorotan

The post Ini Enam Hak Penyewa Yang Ramai Tak Tahu appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center