Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh
Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh
KOTA BHARU, 18 Jun (Bernama) — Mayat seorang lelaki ditemukan terapung dalam sungai berhampiran Kampung Tualang Tinggi di Pasir Puteh dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata Balai Polis Selising menerima maklumat berhubung penemuan itu pada kira-kira 3.30 petang.
“Bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan pegawai dari Balai Polis Selising dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemui mayat terapung di sungai berkenaan.
“Hasil pemeriksaan lanjut di kawasan sekitar tidak menemui sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat itu telah dihantar ke Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
BACA: Mangsa Dan Ahli Keluarga Nahas Di Gerik Alami Trauma – Noraini
Sumber: BERNAMA
The post Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Dalam Sungai Di Pasir Puteh appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime