Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Perak
2 mins read

Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Perak



Orang Awam Kongsi Keadaan Terkini Banjir Di Perak

Hujan lebat berterusan yang melanda negeri Perak sejak semalam telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir.

Peningkatan paras air telah menjejaskan banyak kawasan, terutama kawasan rendah dan menjejaskan perhubungan jalan darat.

Selain itu, hujan lebat turut menyebabkan paras air sungai meningkat.

Tinjauan di media sosial mendapati orang ramai berkongsi beberapa rakaman yang menunjukkan keadaan air deras memasuki kawasan kediaman.

Antara kawasan yang dilaporkan terjejas termasuk Manjoi, Jalan Kuala Kangsar, sekitar bandar Ipoh, Sungai Kinta dan Sungai Pari dengan paras air mencecah hampir setengah meter di sesetengah lokasi.

Orang ramai diminta waspada

Justeru, penduduk di kawasan yang berisiko tinggi diminta sentiasa peka terhadap perkembangan cuaca dan situasi banjir.

Penduduk yang terjejas perlu sentiasa mendapatkan maklumat terkini melalui saluran rasmi dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri serta keluarga mereka.

Penduduk juga dinasihatkan untuk menghubungi pihak berkuasa sekiranya berlaku kecemasan dan tidak mengambil risiko dengan meredah air banjir, terutamanya apabila aliran air kelihatan deras.

Semoga semua mangsa terjejas dipermudahkan segala urusan.

Bernama melaporkan sebanyak 26 mangsa daripada 10 keluarga ditempatkan sementara di Masjid Al-Ghufron, Manjoi selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Manjoi dan Kampung Tengku Hussein, malam tadi.

Jurucakap Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kinta berkata sembilan keluarga melibatkan 22 orang terjejas di Kampung Manjoi, manakala satu keluarga dengan empat mangsa terjejas di Kampung Tengku Hussein.

“Bagaimanapun, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini berikutan jumlah mangsa yang kecil dan keadaan banjir yang masih terkawal.

“Kesemua mangsa kini ditempatkan sementara di Masjid Al-Ghufron sebagai langkah berjaga-jaga sementara menunggu keadaan air surut sepenuhnya,” katanya.

APM Daerah Kinta memaklumkan pihaknya terus memantau keadaan semasa dan akan mengambil tindakan lanjut sekiranya paras air meningkat atau keadaan memerlukan pembukaan PPS.

Semalam, kejadian hujan lebat selama hampir dua jam menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Ipoh dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan beberapa kawasan seperti pusat bandar, Tawas dan Kepayang, Manjoi dinaiki air



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center