2 mins read

Sedia Bekalan Makanan Untuk Gaza, UNRWA Gesa Pintu Sempadan Dibuka


Sedia Bekalan Makanan Untuk Gaza, UNRWA Gesa Pintu Sempadan Dibuka

Keadaan di Gaza ketika ini semakin meruncing apabila penduduk mengalami kebuluran tahap kritikal. Bantuan makanan yang tidak sampai di sana memburukkan lagi keadaan.

Terbaru, Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) berkongsi mengenai bekalan makanan yang masih menunggu untuk dibawa masuk ke wilayah di Palestin itu.

Menerusi kiriman di laman X, UNRWA berkata mereka mempunyai bekalan makanan yang mencukupi untuk seluruh penduduk Gaza selama lebih tiga bulan.

BACA: PBB Beri Amaran 2.1 Juta Penduduk Gaza Berhadapan Kebuluran Akibat Sekatan

“Bekalan telah disimpan di gudang-gudang termasuk gudang ini di Al Arish, Mesir dan kini menunggu untuk dibenarkan masuk,” katanya.

UNRWA menggesa agar pintu sempadan dibuka dan membenarkan pihaknya menjalankan tugas.

“Bekalan sudah tersedia, sistem juga sudah sedia. Buka pintu sempadan, hentikan sekatan, benarkan UNRWA menjalankan tugas dan membantu mereka yang memerlukan termasuk satu juta kanak-kanak,” ujar UNRWA.

Terdahulu, UNRWA turut menggesa agar sekatan Israel ke atas Semenanjung Gaza ditamatkan bagi mengakhiri kebuluran yang sedang berlaku.

“Kami menerima mesej-mesej terdesak mengenai kebuluran dari Gaza – termasuk daripada rakan sekerja kami sendiri,” katanya di laman X.

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe Lazzarin pada Ahad berkata bekalan makanan sebenarnya hanya berada beberapa kilometer dari Gaza.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bantuan sejak 2 Mac.

BACA JUGA: Wanita Hamil Di Gaza Hadapi Peningkatan Kes Keguguran Akibat Tekanan, Kekurangan Makanan – Laporan

Susulan itu, beliau mendesak agar pemimpin-pemimpin politik berusaha untuk menghentikan kebuluran.

“Hanya kemahuan politik dan kepimpinan mampu menghentikan kebuluran berskala penuh ini,” tegasnya.

Sementara itu, jumlah kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 18 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan kematian akibat kebuluran kini mencecah 86 orang, termasuk 76 kanak-kanak, kebanyakannya di bahagian utara Gaza, di mana kira-kira 17,000 kanak-kanak sedang mengalami kekurangan zat makanan akut, lapor BERNAMA.

Sumber: UNRWA

The post Sedia Bekalan Makanan Untuk Gaza, UNRWA Gesa Pintu Sempadan Dibuka appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center