Kronologi Kemalangan Maut Diogo Jota
Kronologi Kemalangan Maut Diogo Jota
Dunia bola sepak digemparkan dengan pemergian tragis bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam satu kemalangan ngeri di utara Sepanyol awal pagi Khamis.
Jota, 28, yang baru sepuluh hari melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hatinya Rute Cardoso, terkorban bersama adik lelakinya, André Silva, 26.
Detik kemalangan tragis
Menurut laporan awal pihak berkuasa Sepanyol, kejadian berlaku sekitar jam 12.30 pagi waktu tempatan di Lebuh Raya A-52, berhampiran bandar kecil Cernadilla, wilayah Zamora.
Siasatan awal mendapati tayar kenderaan kereta mewah jenis Lamborghini dipandunya dipercayai meletup ketika sedang memotong kenderaan lain.
Ia menyebabkan kereta itu hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan sebelum berpusing beberapa kali dan akhirnya terbakar.
Tanda-tanda kesan tayar menunjukkan kenderaan itu keluar dari laluan utama sebelum merempuh penghadang jalan.
Serpihan kenderaan bertaburan dan ia ditemui dalam keadaan terbalik serta hangus terbakar.
Adik-beradik Jota terkorban di lokasi kejadian
Pusat Operasi Kecemasan Castilla y León menerima beberapa panggilan kecemasan sekitar jam 12.35 pagi.
Pasukan perubatan kecemasan (UME), pasukan bomba dari Majlis Wilayah Zamora serta pasukan polis trafik segera ke lokasi kejadian.
Namun begitu, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh kakitangan perubatan dari Pusat Kesihatan Mombuey.
Dunia bola sepak berkabung
Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) mengesahkan kematian Jota dan adiknya, serta meluahkan rasa dukacita atas kehilangan besar ini.
“Lebih daripada sekadar pemain hebat yang memiliki hampir 50 caps bersama skuad kebangsaan, Diogo Jota merupakan insan luar biasa yang dihormati oleh semua rakan sepasukan dan lawan.
“Pemergian beliau dan adiknya André adalah satu kehilangan besar yang tidak dapat digantikan,” kata Presiden FPF, Pedro Proença.
Sebagai tanda penghormatan, FPF telah memohon kepada UEFA untuk mengadakan satu minit hening sempena perlawanan Kejohanan Wanita Eropah antara Portugal dan Sepanyol.
Kehilangan besar buat Liverpool & Portugal
Jota menyertai Liverpool dari Wolverhampton Wanderers pada 2020 dan telah membantu kelab tersebut menjulang tiga trofi utama termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
Beliau turut menjadi tonggak penting skuad kebangsaan Portugal dan baru sahaja membantu negaranya memenangi Liga Negara-Negara UEFA bulan lalu.
Adiknya, André Silva pula merupakan pemain kelab FC Penafiel di divisyen bawahan bola sepak Portugal.
Lebih memilukan, Diogo Jota baru sahaja mengahwini cinta hatinya, Rute Cardoso, pada 22 Jun lalu di kampung halamannya di Porto.
Dalam hantaran terakhirnya di Instagram, Jota berkongsi detik manis majlis perkahwinannya dengan kapsyen menyentuh hati.
BACA: Bintang Liverpool, Diogo Jota Maut Kemalangan
BACA: Baru 2 Minggu Bergelar Suami, Diogo Jota Pergi Tinggalkan Isteri & Anak
BACA: Liverpool FC Berduka Atas Pemergian Tragis Diogo Jota
Sumber: Daily Mail UK
The post Kronologi Kemalangan Maut Diogo Jota appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime