Dulu Sibuk Uli Tepung, ‘Budak Dapur’ Kini Jadi ‘Wajah’ Syarikat Penerbangan Antarabangsa
6 mins read

Dulu Sibuk Uli Tepung, ‘Budak Dapur’ Kini Jadi ‘Wajah’ Syarikat Penerbangan Antarabangsa

Dulu Sibuk Uli Tepung, ‘Budak Dapur’ Kini Jadi ‘Wajah’ Syarikat Penerbangan Antarabangsa

“Berani” – Mungkin itulah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan perjalanan hidup Shawn Wee, 31.

Dibesarkan dalam aroma roti dan pastri segar di sebuah pekan bersejarah, Shawn membesar dalam persekitaran yang mengajarnya erti kerja keras sejak kecil.

Siapa sangka, anak muda yang dahulunya sibuk menguli tepung di kedai roti bapanya di Melaka, kini tegak berdiri sebagai antara wajah utama industri penerbangan serantau.

Kisah Shawn bukan sekadar tentang mengejar cita-cita, tetapi tentang bagaimana keberanian untuk mencuba sesuatu yang di luar zon selesa, mampu mengubah takdir hidup seseorang.

Kegigihan ‘Budak Dapur’

“Saya sebenarnya berasal dari Melaka dan dibesarkan dalam keluarga pembuat roti. Bapa saya mengusahakan kedai roti, jadi sejak kecil saya sering dikelilingi bau roti yang dibakar segar,” cerita Shawn pada awal bicara.

Ketika rakan sebaya mungkin sibuk menghabiskan masa bermain, Shawn memilih untuk membantu keluarganya di kedai.

Di tengah-tengah kesibukan melayani pelanggan dan menyediakan pastri, dia mula mengasah kemahiran hospitaliti, satu asas yang tanpa disedari akan mengubah masa hadapannya.

Sebelum melangkah ke dunia awan biru, Shawn memulakan kerjaya sebagai cef junior sebelum beralih ke peranan cef pastri.

Baginya, makanan dan layanan pelanggan adalah ‘jiwanya’. Namun, takdir mempunyai perancangan yang lebih besar buat anak muda Melaka ini.

Dari Budak Dapur Ke ‘Superman’

Menariknya, impian menjadi kru kabin tidak hadir sejak kecil. Ia muncul secara tidak sengaja melalui perbualan di kaunter kedai roti keluarganya yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Melaka.

“Kedai kami sering dikunjungi kadet juruterbang. Perbualan tentang gaya hidup mereka bangun di bandar berbeza, berjumpa dengan orang dari pelbagai latar belakan. Ia mula mencetuskan rasa ingin tahu yang mendalam dalam diri saya,” katanya.

Bagi seorang anak muda yang menghabiskan sebahagian besar hidupnya di kejiranan yang sama, sudah tentu perasaan untuk melihat dunia luar merupakan sesuatu yang sangat mengujakan.

Shawn sedar, bermula dari situ, dia mahu menjadi sebahagian daripada dunia berkenaan.

Nekad Hijrah Dalam Dunia ‘Kabin’

Tanpa perancangan terperinci atau persediaan yang sempurna, Shawn nekad melayari internet dan memohon jawatan kru kabin.

Prinsipnya mudah: jangan takut gagal.

“Beralih daripada dunia kulinari ke penerbangan merupakan satu perkara yang besar dalam hidup aku. Ada waktu aku ragu, mampukah budak dapur seperti aku berkembang dalam persekitaran profesional yang berbeza?” luahnya.

Namun, Shawn membawa ‘senjata’ yang sudah menjadi darah dagingnya, iaitu ketenangan dalam bekerja dan ikhlas melayani orang.

Pada usia 19 tahun, dia memulakan langkah pertamanya bersama Tigerair sebelum menyertai keluarga besar Scoot.

Bukan Sekadar Menghidang Makanan

Ramai yang menyangka tugas kru kabin hanyalah menghidang makanan dan senyumn. Namun, realiti di sebalik tabir jauh lebih mencabar.

“Kami dilatih sebagai pembantu pertolongan cemas, anggota pemadam kebakaran, dan petugas tindak balas kecemasan. Kami memantau keselamatan penumpang pada ketinggian 35,000 kaki,” kongsi Shawn.

Kongsinya, salah satu momen paling menguji ketahanannya adalah apabila perlu meleraikan pergaduhan antara pasangan suami isteri di dalam pesawat.

Sebagai Complex Leader, bukan mudah untuk Shawn perlu kekal tenang demi memastikan keselamatan 300 nyawa lain tidak terancam.

Di situlah dia mula belajar bahawa kesabaran dan komunikasi adalah alat keselamatan yang paling ampuh.

Dua Tahun Berturut-Turut Best Staff

Sepanjang sedekad di angkasa, pelbagai kenangan manis telah dilalui.

Namun, satu memori yang paling sukar dilupakan ialah penerbangan bertema “Scootitude” sempena konsert Taylor Swift di Singapura.

“Melihat 300 penumpang menyanyi bersama-sama lagu hits Taylor Swift di dalam kabin adalah satu momen yang luar biasa. Saat itu saya sedar, tugas kami bukan sekadar mengangkut orang, tetapi mencipta kenangan.” katanya lagi.

Berkat keikhlasan dan dedikasi Shawn dalam perkhidmatan, dia dianugerahkan Best Cabin Crew selama dua tahun berturut-turut (FY18/19 & FY19/20) serta dipilih menjadi muka depan pelancaran pakaian seragam bersejarah Scoot-Tigerair pada 2017.

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang

Walaupun sudah terbang ribuan kilometer, Shawn mengakui tidak pernah melupakan asalnya.

Di luar waktu bertugas, dia ‘pulang’ ke minat asalnya iaitu membuat rotidan aktif membina komuniti melalui aktiviti larian di Singapura dan Malaysia.

Kini, selepas 10 tahun menyarung pakaian seragam kebanggaannya, Shawn tidak menyesali satu saat pun keputusannya dahulu.

“Kalau aku boleh putar balik masa, aku akan tetap pilih jalan ini. Ia telah membentuk siapa aku hari ini. Daya tahan, empati dan kefahaman yang aku belajar mengajar tentang erti kemanusiaan” katanya.

“Terakhir, fahamilah di sebalik segaknya pakaian seragam itu, ada tanggungjawab berat yang dipikul. Letakkanlah nilai keikhlasan dalam setiap layanan, kerana bila kita ikhlas santuni orang, segalanya akan terasa mudah.

“Ingatlah, langit itu bukanlah titik pengakhiran, tetapi ia hanyalah sebuah permulaan untuk perjalanan hidup yang lebih luas,” [esannya untuk generasi muda yang ingin mengikut jejak langkahnya.

PakarPBN

A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.

In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.

The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.

Jasa Backlink

Download Anime Batch