Jutawan Terkenal Ditemui Maut Dalam Kereta Mewah
3 mins read

Jutawan Terkenal Ditemui Maut Dalam Kereta Mewah



Jutawan Terkenal Ditemui Maut Dalam Kereta Mewah

Dunia mata wang digital dikejutkan dengan berita kematian seorang usahawan dan personaliti kripto terkenal dari Ukraine, Konstantin Galich, atau lebih dikenali sebagai Kostya Kudo.

Lapor Daily Mail UK, lelaki berusia 32 tahun itu ditemui meninggal dunia di dalam kereta mewah Lamborghini miliknya di daerah Obolonskyi, Kyiv, pada Sabtu lalu.

jutawan terkenal maut
Gambar: Kyiv Police Department via Daily Mail UK

Menurut Jabatan Polis Kyiv seperti dilapor Daily Mail UK, mangsa ditemui dengan kesan tembakan di kepala, dan senjata api berdaftar atas namanya turut dijumpai di tempat kejadian.

Siasatan lanjut berhubung insiden ini masih dijalankan dan unsur jenayah belum disahkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, pihak polis mendedahkan bahawa Galich sebelum ini mengalami tekanan emosi akibat masalah kewangan, lapor Daily Mail UK.

Beliau juga didakwa telah menghantar mesej selamat tinggal kepada ahli keluarganya sehari sebelum kejadian, tambah Daily Mail UK.

Siapa Konstantin Galich?

Konstantin Galich merupakan tokoh terkenal dalam komuniti kripto antarabangsa. Beliau ialah pengasas bersama Akademi Dagangan Cryptology Key, sebuah platform latihan dan perkongsian ilmu pelaburan kripto.

Akaun media sosialnya mempunyai pengikut yang ramai, lebih 66,000 di Instagram dan hampir 100,000 pelanggan di YouTube, di mana beliau sering berkongsi pandangan serta strategi pelaburan kripto.

jutawan terkenal maut
Gambar: Instagram via Daily Mail UK

Namun, laporan tempatan mendakwa Galich mengalami kerugian besar mencecah USD30 juta melibatkan dana pelabur yang mempercayainya.

Tragedi ini berlaku serentak dengan kejatuhan besar pasaran mata wang digital global, termasuk Bitcoin dan Ethereum, pada Jumaat lalu.

Kejatuhan pasaran kripto

Menurut penganalisis, kemerosotan mendadak nilai mata wang kripto berpunca daripada pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, yang berhasrat menaikkan tarif import sehingga 100 peratus terhadap barangan teknologi kritikal dari China.

Dalam tempoh 24 jam selepas pengumuman tersebut, pasaran kripto kehilangan nilai kira-kira USD400 bilion. Antara mata wang digital utama yang terjejas termasuk Bitcoin, Ethereum, Solana dan Binance Coin.

Naib Presiden AS, JD Vance, menjelaskan bahawa langkah Trump itu bertujuan melindungi ekonomi Amerika dan mengurangkan kebergantungan terhadap China.

Beliau turut menegaskan bahawa dominasi China dalam rantaian bekalan kritikal di AS merupakan satu bentuk darurat nasional yang memerlukan tindakan segera.

“Jika China bertindak agresif, Presiden Amerika Syarikat mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding Republik Rakyat China,” kata Vance dalam rancangan Sunday Morning Futures di saluran Fox News.

Beliau menambah bahawa Trump bersedia berunding secara rasional jika Beijing menunjukkan kesediaan untuk bekerjasama.

“Presiden AS akan tetap mempertahankan kepentingan Amerika, apa jua keadaan sekalipun,” tambahnya lagi.

Reaksi China

Sementara itu, Kementerian Perdagangan China dalam kenyataannya menegaskan bahawa pendirian negara itu tidak berubah.

“Kami tidak mahu perang tarif, tetapi kami juga tidak takut untuk menghadapinya,” kata kenyataan tersebut.

China dilihat sebagai antara negara yang paling tegas menentang dasar tarif baharu AS, berbanding rakan dagang lain yang telah memberi sedikit kelonggaran terhadap tekanan ekonomi Amerika.

BACA: Detik Cemas Helikopter Terhempas Di Pantai Popular California

Sumber: Daily Mail UK, Financial Express

The post Jutawan Terkenal Ditemui Maut Dalam Kereta Mewah appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center