Doktor Didakwa Cuai, Wanita Maut Akibat Jangkitan Selepas Pembedahan Caesarean
1 min read

Doktor Didakwa Cuai, Wanita Maut Akibat Jangkitan Selepas Pembedahan Caesarean



Doktor Didakwa Cuai, Wanita Maut Akibat Jangkitan Selepas Pembedahan Caesarean

Satu siasatan terperinci telah diarahkan berhubung kematian seorang wanita muda berusia 26 tahun akibat kecuaian perubatan di hospital swasta di Dehradun, India.

NDTV News melaporkan kematian itu dikatakan berpunca daripada jangkitan serius akibat pembalut yang didakwa tertinggal di dalam abdomen selepas menjalani pembedahan bersalin.

Menurut pegawai tempatan, satu jawatankuasa khas seramai empat anggota yang diketuai oleh Ketua Pegawai Perubatan (CMO) Dehradun, Manoj Sharma, telah ditubuhkan untuk menyiasat kematian mangsa.

Difahamkan, jawatankuasa itu dibentuk susulan aduan yang difailkan oleh suami mangsa.

Berdasarkan aduan diterima, mangsa melahirkan anak lelaki melalui kaedah pembedahan Caesarean di Pusat Penjagaan Mata dan Ibu (Eye and Mother Care Centre) pada Januari lalu.

Prajjwal mendakwa, kecuaian berlaku apabila pasukan perubatan hospital tersebut didakwa meninggalkan pembalut di dalam perut mangsa sebelum menjahit luka pembedahan.

Beberapa hari selepas pulang, mangsa mula mengadu sakit pada bahagian perut dan dibawa semula ke hospital sama.

Menurut NDTV News, doktor di hospital itu gagal memberikan penjelasan yang memuaskan mengenai punca kesakitan dialaminya.

Apabila keadaannya semakin kritikal, mangsa telah dipindahkan ke sebuah hospital lain, di mana pemeriksaan mendapati terdapat kain pembalut yang tertinggal di dalam tubuhnya sehingga menyebabkan jangkitan serius pada bahagian perut.

BACA: “Saya Sangka Inilah Penerbangan Terakhir” Lelaki Kongsi Detik Pesawat Terasa Menjunam
BACA: “Rare” Betul, Idea Pengantin Ni Buat Tetamu Terkejut Tengok Isi Goodies Bag
BACA: Isteri Saman Suami Gara-gara Nama Dalam “Contact” Dianggap Menghina
BACA: Pendaki Cedera Parah Disambar Petir Ketika Hujan Lebat

Sumber: NDTV NEWS

The post Doktor Didakwa Cuai, Wanita Maut Akibat Jangkitan Selepas Pembedahan Caesarean appeared first on Siakap Keli.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center