Inisiatif Unik, Masjid Seksyen 7 Shah Alam Sedia Makanan Percuma Guna “Vending Machine”
Inisiatif Unik, Masjid Seksyen 7 Shah Alam Sedia Makanan Percuma Guna “Vending Machine”
Menolong sesama insan adalah salah satu amalan mulia yang sentiasa digalakkan dalam kehidupan seharian.
Bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak semestinya berbentuk wang semata-mata.
Sebenarnya, terdapat pelbagai cara lain untuk membantu, termasuk menyediakan makanan, pakaian, perkhidmatan ataupun sokongan emosi.
Memberi dalam bentuk bukan wang juga dapat memberi impak besar dalam meringankan beban penerima dan menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap sesama insan.
Inisiatif unik masjid di Shah Alam, makanan percuma untuk semua
Pihak pengurusan Masjid Seksyen 7 Shah Alam melaksanakan inisiatif kebajikan dengan menyediakan mesin layan diri (vending machine) yang menawarkan makanan percuma khusus untuk golongan asnaf dan pelajar yang memerlukan.
Menerusi perkongsian @masjidseksyen7 di Threads, mesin tersebut turut dilengkapi stesen pemanas dengan beberapa unit gelombang ketuhar.
Peralatan ini membolehkan penerima menikmati makanan dalam keadaan panas dan segar.
Difahamkan, idea ini digerakkan bagi memastikan bantuan makanan disalurkan secara lebih tersusun, pantas dan pada masa yang sama menjaga maruah penerima.
“Kami menyediakan Vending Machine makanan percuma pertama di Malaysia, khas untuk asnaf dan pelajar yang memerlukan
“Lebih istimewa, ia dilengkapi stesen pemanas (microwave) supaya penerima dapat terus menikmati makanan yang panas dan segar
“Usaha kami mungkin kecil, tetapi harapan untuk membantu amat besar,” ujar @masjidseksyen7.
Pelbagai jenis makanan disediakan
Menerusi hantaran lagi, pihak pengurusan masjid menjelaskan bahawa penerima yang layak perlu mendapatkan pin nombor terlebih dahulu melalui Ahli Jawatan Kuasa masjid sebelum boleh membuat pilihan makanan daripada mesin berkenaan.
Pelbagai jenis makanan boleh terus dimakan disediakan dalam mesin layan diri itu, antaranya Nasi Tumis Daging Hitam, Nasi Bukhara Daging dan Spaghetti Bolognese.
Turut ditawarkan ialah Nasi Biryani Ayam serta pelbagai pilihan menu lain untuk para penerima.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads, ramai yang memberikan pujian kepada pihak masjid atas inisiatif tersebut yang disediakan khusus untuk membantu golongan memerlukan.

Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime