Pendaki Malaysia Cedera Terjatuh Di Gunung Rinjani
Pendaki Malaysia Cedera Terjatuh Di Gunung Rinjani
Seorang pendaki dari Malaysia dilaporkan cedera selepas terjatuh ketika menuruni Gunung Rinjani di Nusa Tenggara Barat pada Khamis, lapor TribunLampung.
Ketua Resort Taman Negara Gunung Rinjani, Taufikurrahman, berkata mangsa mengalami kecederaan di kepala, kaki terseliuh dan tidak dapat meneruskan perjalanan.
Menurutnya lagi, mangsa tergelincir sehingga kedalaman 200 meter ketika menuruni ke arah Tasik Segara Anak akibat laluan yang licin.
“Kami menerima laporan mengenai warga Malaysia ini daripada seorang jurupandu pada Jumaat malam.
“Pasukan penyelamat segera menuju ke lokasi mangsa dan melakukan evakuasi. Mangsa berjaya diturunkan dari gunung itu,” katanya.
Difahamkan, pendaki terbabit telah berehat selama dua jam di Pusat Perlindungan Pelawangan dan dibawa balik ke pos 2 Sembalun. Mangsa seterusnya dihantar ke Pusat Kesihatan Sembalun untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Perhubungan Awam Polis Lombok Timur, AKP Nicolas Oesman berkata pihaknya turut menerima laporan berhubung kemalangan yang dialami warga Malaysia itu.
“Warga Malaysia ini mendaki bersama 12 orang dalam kumpulannya ke puncak Rinjani dan turun menghala ke Tasik Segara Anak.
“Semasa menuruninya, dia mengalami kemalangan atau tergelincir,” katanya.
Menurut TribunLampung, lokasi itu tidak jauh dari tempat pendaki Brazil terjatuh dan meninggal dunia beberapa hari lalu.
Susulan kejadian kemalangan ini, pendaki dinasihatkan untuk berhati-hati kerana keadaan cuaca yang berubah-ubah. Hujan kebiasaanya akan menyebabkan jalan menjadi licin.
Sumber: TribunLampung
The post Pendaki Malaysia Cedera Terjatuh Di Gunung Rinjani appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime