Sekurang-Kurangnya 37 Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Selatan Peru
Sekurang-Kurangnya 37 Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Selatan Peru
LIMA, 12 Nov (Bernama) — Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh dan beberapa yang lain cedera pada Rabu apabila sebuah bas antara wilayah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Wilayah Arequipa, selatan Peru, lapor Xinhua yang memetik laporan media tempatan.
Radio Programas del Peru melaporkan bahawa kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Pan-Amerika Selatan selepas bas berkenaan bertembung dengan sebuah lori sebelum terjunam ke dalam gaung.
Pasukan bomba, polis dan penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang cedera dan membawa mereka ke hospital berhampiran.
Pihak berkuasa telah melancarkan siasatan berhubung nahas itu.
Sumber: Bernama
BACA: Banjir Kilat Landa Kawasan Berhampiran Makkah, Arab Saudi
BACA: Detik Tragis Pesawat Turkiye Terhempas Di Georgia
The post Sekurang-Kurangnya 37 Maut Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Selatan Peru appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime