36 Jemaah Umrah Terkandas: MOTAC Batal Lesen Syarikat Al Aisy Travel & Tour Sdn Bhd
36 Jemaah Umrah Terkandas: MOTAC Batal Lesen Syarikat Al Aisy Travel & Tour Sdn Bhd
PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membatalkan lesen Syarikat Al Aisy Travel & Tour Sdn Bhd berkuat kuasa 31 Mac lepas, susulan insiden 36 jemaah Malaysia terkandas di Arab Saudi sebelum ini.
MOTAC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembatalan lesen itu selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) berikutan syarikat tersebut didapati gagal membuat tempahan terlebih dahulu bagi kemudahan penginapan dan pengangkutan di Madinah seperti dalam jadual pakej umrah atau ziarah.
“Syarikat juga gagal mengikut jadual perjalanan pelancongan dan gagal menyediakan tiket penerbangan pulang ke Malaysia kepada 36 jemaah umrah sehingga menyebabkan jemaah tersebut terkandas di Madinah, Arab Saudi,” kata MOTAC.
Tindakan syarikat berkenaan turut membuktikan bahawa ia gagal untuk mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atas syarikat dan melanggar syarat dikenakan di bawah lesen sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(a) dan (b) Akta 482.
Selain itu, kenyataan tersebut memaklumkan syarikat terbabit didapati menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan 8(1)(d) Akta 482.
Menurut MOTAC, keadaan itu menimbulkan risiko keselamatan, tekanan kewangan dan gangguan perjalanan ibadah terhadap jemaah umrah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kredibiliti dan integriti syarikat serta merosakkan keyakinan awam terhadap industri pelancongan secara keseluruhan.
“MOTAC tidak akan berkompromi terhadap pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” kata kenyataan itu.
PakarPBN
A Private Blog Network (PBN) is a collection of websites that are controlled by a single individual or organization and used primarily to build backlinks to a “money site” in order to influence its ranking in search engines such as Google. The core idea behind a PBN is based on the importance of backlinks in Google’s ranking algorithm. Since Google views backlinks as signals of authority and trust, some website owners attempt to artificially create these signals through a controlled network of sites.
In a typical PBN setup, the owner acquires expired or aged domains that already have existing authority, backlinks, and history. These domains are rebuilt with new content and hosted separately, often using different IP addresses, hosting providers, themes, and ownership details to make them appear unrelated. Within the content published on these sites, links are strategically placed that point to the main website the owner wants to rank higher. By doing this, the owner attempts to pass link equity (also known as “link juice”) from the PBN sites to the target website.
The purpose of a PBN is to give the impression that the target website is naturally earning links from multiple independent sources. If done effectively, this can temporarily improve keyword rankings, increase organic visibility, and drive more traffic from search results.