Pengerusi Tamiya Meninggal Dunia
Pengerusi Tamiya Meninggal Dunia
Pengerusi Tamiya Inc, Shunsaku Tamiya telah meninggal dunia pada 18 Julai lalu.
Berita duka itu dimaklumkan oleh syarikat terbabit menerusi satu kenyataan media di laman web mereka pada Selasa.
Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 90 tahun.
“Dengan penuh rasa kesedihan, kami ingin mengumumkan bahawa Pengerusi Shunsaku Tamiya telah meninggal dunia pada 18 Julai 2025.
“Majlis pengebumian secara tertutup telah diadakan mengikut permintaan mendiang, Maklumat lanjut mengenai acara peringatan akan dimaklumkan kelak,” kata syarikat itu.
BACA JUGA: Pengasas Mango, Isak Andic Maut Terjatuh Tebing Di Sepanyol
Kenyataan itu juga menegaskan agar orang ramai menghormati privasi keluarga mendiang pada ketika ini.
Shunsaku dilahirkan pada 19 Disember 1934 dan mula menyertai syarikat Tamiya pada April 1958. Mendiang telah memegang jawatan pengerusi syarikat itu sejak 1 Julai 2024.
Sumber: Tamiya
The post Pengerusi Tamiya Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime