Abu Naik Lebih Dua Kilometer Susulan Letusan Gunung Kanlaon
2 mins read

Abu Naik Lebih Dua Kilometer Susulan Letusan Gunung Kanlaon



Filipina — Gunung berapi Kanlaon di wilayah Negros, Filipina dilaporkan meletus pada Khamis petang.

Menurut laporan Astro Awani, letusan tersebut menghasilkan kepulan abu setinggi kira-kira dua kilometer.

Kepulan itu didakwa dapat dilihat dari jarak melebihi lima batu.

Agensi pemantau gunung berapi Filipina, PHIVOLCS, memaklumkan kejadian bermula sekitar 4.38 petang waktu tempatan.

Aliran piroklastik ditemui

Dalam satu kenyataan rasmi, agensi tersebut mengesahkan berlaku aliran piroklastik sejauh satu kilometer.

Aliran berkenaan bergerak dari puncak ke arah Barat Daya.

Susulan perkembangan itu, pihak berkuasa tempatan melaksanakan pemindahan penduduk dari Zon Bahaya Kekal.

Kawasan yang terjejas meliputi radius empat kilometer dari kawah utama.

Amaran risiko kesihatan

Agensi itu turut memberi peringatan mengenai risiko kesihatan akibat hujan abu.

Difahamkan, abu tebal berpotensi menjejaskan sistem pernafasan dan mengehadkan jarak penglihatan.

Kepulan debu gunung berapi berkenaan dilaporkan jelas kelihatan dari beberapa bandar berdekatan.

Situasi tersebut menimbulkan kebimbangan berikutan jangkaan hujan pada lewat hari yang sama.

Jangkaan aliran lahar letusan Gunung Kanlaon sekiranya hujan

Datuk Bandar Kanlaon, Jose Chubasco Cardenas, menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan berlaku aliran lahar.

Beliau berkata, keadaan mungkin menjadi lebih serius sekiranya hujan lebat berlaku pada waktu malam.

“Perkara yang merisaukan ialah jika hujan turun malam ini, kemungkinan aliran lahar itu ada,” ujarnya memetik perbualan bersama radio tempatan.

Sebagai pengetahuan, Gunun Kanlaon merupakan antara 24 gunung berapi di Filipina yang masih aktif.

Aktiviti gunung itu dilaporkan meningkat sejak penghujung tahun 2025. Data ini termasuk letupan berskala kecil serta pelepasan asap panas.

Letusan terkini berlaku selepas beberapa gegaran kecil direkodkan beberapa hari sebelumnya.

PHIVOLCS mengekalkan Tahan Amaran 2 bagi aktiviti gunung tersebut. Status itu menunjukkan peningkatan aktiviti dan risiko letusan susulan.

Penduduk di sekitar kawasan dinasihat agar mematuhi arahan pihak berkuasa. Mereka juga digesa menjauhi zon larangan dan mengenakan pelitup muka N95 ketika berlaku hujan abu.



Game Center

Game News

Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime

Gaming Center