Ramai Tak Sedar, Tidur Selepas Sahur Boleh Undang Penyakit Berbahaya
Ramai Tak Sedar, Tidur Selepas Sahur Boleh Undang Penyakit Berbahaya
Selepas makan, ramai antara kita suka terus baring kerana perut terasa penuh dan mata pun mengantuk.
Rasa selesa itu memang ‘menggoda’, namun sebenarnya tabiat ini boleh menjejaskan kesihatan jika dilakukan terlalu kerap.
Ia bukan sahaja boleh menyebabkan ketidakselesaan seperti pedih ulu hati atau perut kembung, malah berpotensi meningkatkan risiko penyakit serius.
Justeru, SK kali ini ingin berkongsi kesan berbaring sejurus selepas makan, menurut Public Health Malaysia.
Mata berat lepas telan nasi lemak sahur? Jangan terus baring kalau tak nak asid ‘memancut’ naik ke tekak
Kenyang sahur nasi lemak tambah telur mata, minum pula teh O suam. Sambil tunggu azan Subuh, anda pun baring sekejap atas katil. Sedar-sedar je dah terlelap.
Tiba-tiba anda terjaga sebab tersedak, dada rasa pedih terbakar dan tekak rasa sangat masam dan pahit!
Ini bukan tersampuk, ini adalah serangan GERD (Gastroesophageal Reflux Disease) yang anda tempah sendiri.
Mari kita bedah siasat fakta fizik dan biologi yang berlaku dalam badan anda bila anda terus baring lepas makan:
1. HILANG BANTUAN GRAVITI
Bila kita duduk atau berdiri, graviti bumi membantu menahan makanan dan asid kekal di bawah (dalam perut).
Bila anda baring mendatar (flat), asid cecair itu akan mengalir bebas ke paras yang sama dengan injap kerongkong anda.
2. INJAP PERUT TERBUKA (LES RELAXATION)
Perut kita ada satu injap penutup (Lower Esophageal Sphincter – LES). Bila perut terlalu penuh dengan makanan berat (nasi lemak/lemak tinggi), tekanan dalam perut meningkat.
Ditambah dengan posisi baring mendatar, tekanan ini akan memaksa injap LES terbuka, lalu asid memancut naik ke saluran makanan (esofagus).
3. PENCERNAAN JADI SANGAT PERLAHAN
Semasa tidur, sistem badan akan ‘berehat’. Proses usus menghadam makanan akan jadi sangat perlahan.
Makanan akan tersadai lama dalam perut, menapai dan menghasilkan gas yang menolak lebih banyak asid naik ke dada.
KESAN BURUK SEPANJANG HARI:
– Dada pedih terbakar (Heartburn).
– Suara jadi serak dan batuk kering sebab asid dah ‘bakar’ peti suara.
– Mulut berbau sangat busuk (bau asid perut).
– Risiko asid masuk ke paru-paru (Aspiration Pneumonia) yang boleh bawa maut!
S.O.P SURVIVAL SAHUR:
– TUNGGU 2 JAM: Wajib jarakkan sekurang-kurangnya 2 jam selepas makan sebelum anda tidur semula.
– TIDUR BERSANDAR: Kalau mengantuk tahap ‘koma’, jangan baring mendatar.
Tinggikan bantal atau tidur dalam posisi bersandar (45 darjah) supaya kedudukan dada lebih tinggi dari perut.
– AKTIVITI RINGAN: Lepas sahur, jangan ke katil. Terus siap-siap ke masjid, solat Subuh, baca Al-Quran, atau kemas meja makan. Biar makanan turun ke usus dulu.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime