ECERDC Pacu Pembangunan Kelantan Dengan Projek Infrastruktur Utama & Pelaburan RM1.12 Bilion
Momentum pembangunan di Kelantan terus meningkat apabila beberapa projek utama di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) giat dilaksanakan, sekali gus menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.
Setakat September 2025, ECERDC berjaya merealisasikan pelaburan berjumlah RM1.12 bilion di Kelantan, dengan sektor pembuatan menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Pelaburan ini turut membuka lebih 200 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Selain itu, terdapat pelaburan komited bernilai RM736 juta dalam sektor pertanian, perkhidmatan dan industri, yang dijangka mewujudkan lebih 1,300 peluang pekerjaan baharu apabila siap sepenuhnya.
Antara projek tumpuan utama ialah Jambatan Palekbang–Kota Bharu, yang kini menjadi pemangkin kepada transformasi infrastruktur negeri. Apabila siap nanti, jambatan ini bakal mengurangkan kesesakan di pusat bandar Kota Bharu serta membuka laluan baharu untuk pelaburan dan perdagangan di kawasan utara Kelantan.
Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, berkata kerjasama erat antara kerajaan negeri dan ECERDC amat penting dalam memastikan setiap projek pembangunan dijalankan selaras dengan hala tuju negeri.
“Perkongsian strategik ini membolehkan kerajaan negeri menyokong projek berimpak tinggi yang mampu membuka peluang pekerjaan berkualiti serta meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICC) ECER Kelantan.
Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Baidzawi Che Mat, pula berkata projek infrastruktur strategik seperti Jambatan Palekbang–Kota Bharu yang kini siap 22% dan sambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bakal mengukuhkan kedudukan Kelantan sebagai hab ekonomi serantau.
Projek Strategik ECERDC di Kelantan
Antara projek utama yang sedang dijalankan termasuk:
-
Taman Industri Tok Bali (TBIP): Menambah baik infrastruktur industri marin dan logistik.
-
Naik taraf Jeti Tok Bali: Memperkukuh peranan Tok Bali sebagai hab logistik utama.
-
Pembangunan Rantau Panjang: Menambah baik kemudahan awam bagi menyokong perdagangan sempadan dan pelancongan.
-
Loji Rawatan Air Kelar (Fasa 2): Menambah kapasiti bekalan air untuk kawasan Pasir Mas dan sekitarnya.
-
Zon Pelancongan Bersepadu Geting (Tumpat): Menggalakkan pelancongan dan keusahawanan tempatan.
Dalam sektor pertanian pula, ECERDC telah menyiapkan Pusat Pengumpulan Susu Kambing (GMCC) di Pasir Puteh yang bakal beroperasi pada Januari 2026, membantu penternak kecil meningkatkan hasil dan pendapatan.
Mesyuarat ICC turut menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Tiga Pihak (Tripartite) antara ECERDC, UPEN Kelantan dan PKPNK, serta Perjanjian Komersial antara PKPNK dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Awang.
Kerjasama ini menyokong pelaksanaan Projek IPR-INTAN Machang, melibatkan 100 peserta B40 dalam penanaman cili menggunakan teknologi Internet of Things (IoT). Projek ini dijangka menjana pendapatan minimum RM2,000 sebulan bagi setiap peserta, selain memperkukuh keselamatan makanan negara.
Dengan pelbagai projek berimpak tinggi ini, ECERDC yakin Kelantan berada di landasan kukuh untuk terus berkembang sebagai negeri yang berdaya tahan, berdaya saing dan makmur.
The post ECERDC Pacu Pembangunan Kelantan Dengan Projek Infrastruktur Utama & Pelaburan RM1.12 Bilion appeared first on Siakap Keli.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime