Potensi Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Pada Selasa
Gambar hiasan. Kredit: Bernama
Potensi Ribut Petir, Hujan Lebat Di Dua Negeri Pada Selasa
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkongsi ramalan cuaca signifikan yang dijangka berlaku di dua negeri pada 24 Februari 2026 (Selasa).
Menurut MetMalaysia, analisis terhadap model-model ramalan cuaca menjangkakan terdapat penumpuan angin di Sabah dan Sarawak.
Keadaan tersebut berpotensi mengakibatkan berlaku ribut petir dan hujan lebat dalam tempoh yang lebih panjang.
Susulan itu, orang awam dinasihat sentiasa peka dengan perubahan cuaca dan pengumuman terkini yang sahih.
Keadaan terkini di Sabah, Sarawak
Terdahulu, media melaporkan keadaan terkini di Sabah menunjukkan mangsa banjir semakin meningkat kepada 5,141 orang daripada 2,160 keluarga setakat pagi tadi.
Menurut Astro Awani, angka tersebut menunjukkan peningkatan berbanding 4,761 orang daripada 1,828 keluarga semalam.
Sementara itu, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sawarak mula diaktifkan semalam.
Memetik kenyataan rasmi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, PPS yang dibuka di Masjid Darul Istiqlaal, Kampung Sungai Maong, Kuching itu menempatkan 65 orang mangsa daripada 18 keluarga, setakat hari ini.
Game Center
Game News
Review Film
Rumus Matematika
Anime Batch
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
Berita Terkini
review anime